Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

KEMESRAAN pasangan suami isteri yang berpegang tangan sambil berjalan
KEMESRAAN pasangan suami isteri yang berpegang tangan sambil berjalan beriringan di khalayak ramai adalah lumrah di Tanah Suci. GAMBAR HIASAN/FACEBOOK Tabung Haji

SEWAKTU anda membaca tulisan ini, penulis sudah pun bersiap untuk pulang ke tanah air.
Pada 14 September ini, penulis berada di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah untuk menaiki pesawat selepas menjadi petugas media Tabung Haji sejak 17 Julai yang lalu.

Banyak kenangan dan penyaksian yang dicatat dalam memori hampir dua bulan berada di Ta­nah Suci, melaksanakan Rukun Islam kelima, ibadah haji 1438 hijrah, selain menerima amanah dan tanggungjawab sebagai wartawan di bumi suci ini.

Benarlah ia disebut sebagai ‘Muktamar Paling Agung’ di dunia dan ‘universiti’ dalam ritual pembersihan jiwa.

Dalam soal ibadat, telah banyak diulas pakar dan pengurusan Tabung Haji. Boleh dikatakan setiap hari pasti ada berita mengenai jemaah haji Malaysia, aktiviti pengurusan dan petugas Tabung Haji yang dilaporkan petugas media, sama ada di media cetak, elek­tronik, media ‘online’, liputan langsung dan sebagainya.

Tetapi apa yang penulis hendak bawa dalam Catatan Haramain yang akhir ini ialah beberapa perkara menarik melibatkan ‘manusia’ secara spontan di Ta­nah Suci ini.

Pertama: Kisah ‘mesra’ yang begitu luar biasa di Tanah Suci di mana soal keakraban hubungan suami dan isteri, anak dan ayah mahupun ibu, atuk dan nenek, saudara mara, sahabat dan rakan, serta sesama jemaah haji keseluruhannya.

Umpamanya, aksi atuk dan nenek yang mahu berpegang ta­ngan dalam tempoh begitu lama sambil berjalan beriringan di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, menyuapkan ‘burger’ ke mulut nenek di tepi tangga hotel atau menyapu sayur yang terkeluar dari mulut atuk. Semua senario itu menjadikan rencam ‘kehidupan’ jemaah haji Malaysia di Ta­nah Suci ini semakin berharga.

Begitu juga suami dan isteri yang jalan bersama, makan bersama, ke masjid bersama dan dilihat cukup romantis. Di setiap kawasan meja makan, di kerusi menunggu di lobi dan kedai-kedai makan, suami isteri tidak mahu berenggang, bagaikan semalam baru sahaja bernikah.

Anak, ayah, ibu dan saudara mara begitu akrab dan saling bantu membantu antara satu sama lain, begitu juga yang muda menghormati yang tua manakala yang tua sentiasa melihat yang muda seorang bertenaga, boleh diharap membantu dan jadi pemimpin dalam bilik di maktab penginapan atau di semasa me­lakukan manasik haji yang lalu.

Pasti keindahan hubungan sesama manusia ini akan menjadi antara detik dan kenangan yang tidak dapat dilupakan sekemba­linya di tanah air kelak.

Keduanya, kisah bagaimana teknologi berkembang begitu cepat. Sewaktu moyang kita mengerjakan haji dahulu de­ngan menaiki Kapal Haji Malaysia - perjalanannya berbulan-bulan. Ada yang meninggal dunia sebelum sampai ke Tanah Suci. Berita ketibaan mahupun kematian diterima lewat. Entah sampai atau pun tidak saudara kita di Tanah Suci pada waktu itu.

Tetapi hari ini teknologi me­ngatasi segalanya. Ahli keluarga kita sedang makan roti canai di Mekah dapat dilihat pada waktu itu juga di tanah air. Semasa bergerak di Arafah, selepas me­lakukan tawaf di Kaabah dalam Masjidilharam, semua dirakam menggunakan telefon pintar.

Cakaplah selagi mahu, daripada soal ibadah, beli jubah, sejadah, minyak wangi hinggalah air teh dan makanan segera, semuanya ‘telah dipancarkan’ terus ke dalam rumah kita di tanah air. Itulah hebatnya teknologi yang membantu menghilangkan kerisauan ahli keluarga di tanah air terhadap keselamatan ibu atau ayah, saudara mara dan sebagainya sepanjang berada di Tanah Suci. Bila telefon pintar ‘mera­gam’, mulalah resah tanpa sebab.

Ketiganya, penggunaan tangan, bahasa isyarat, memek muka dan gaya tertentu untuk mendapatkan apa juga jawapan daripada pihak berkuasa Arab Saudi. Begitu juga apabila bercakap dengan jemaah haji dari negara lain, tidak semua boleh berbahasa Inggeris. Jadi cara yang mudah ialah menggunakan isyarat anggota badan. Akhirnya, ada yang ‘ke laut’, salah lorong, salah pintu dan macam-macam. Hanya istighfar sahaja yang mampu diucapkan.

Beruntunglah yang tahu dan fasih berbahasa Arab. Hendak ke tandas pun, boleh bertegang urat kerana masalah isyarat anggota badan. Akhirnya, ditunjukkan gaya hendak membuang air kecil, barulah masing-masing faham. Ini berlaku dalam kalangan jemaah haji dunia yang sudah uzur dan berumur lanjut.

Tahukah anda bahawa lebih 100 bahasa digunakan di Tanah Suci ini dan hanya satu cara sahaja untuk memahami kehendak dan kemahuan masing-masing adalah melalui bahasa isyarat ini - yang tidak memerlukan kamus untuk menterjemahkannya, tetapi diterima oleh jemaah haji seluruh dunia.

Bagi jemaah haji Malaysia - membeli belah di Tanah Suci ini tidak menjadi masalah kerana peniaga di sini sentiasa mengalu-alukannya. Ungkapan “Malaysia bagus, Malaysia Satu”, sudah cukup menyenangkan hati kami.

Apa yang pasti, jemaah haji Malaysia akan merindui perkataan ini, “mari sini, tengok dulu haji hajjah”, “Murah haji, masuk te­ngok”, “Mau makan apa, teh panas, roti telur, nasi kambing, ikan, semua ada”, “Masya-Allah mau diskaun. Berapa mau, cakaplah”.

Semua kenangan itu akan menjadi sebagai kisah yang mahu diceritakan di tanah air selain kisah dalam ibadat haji di Madinah, Arafah, Muzdalifah, Mina dan Mekah untuk dikongsi sanak saudara.

Akhir sekali, selamat kembali ke tanah air wahai Pak Haji dan Mak Hajjah, mohon ampun dan maaf dari saya, Ainol Amriz Ismail.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain