Masalah sebegini bukan saja dialami oleh graduan ISMP tetapi sudah lama menghantui banyak graduan lain termasuk lulusan diploma yang bekerja di syarikat swasta.

Lambakan terlalu ramai graduan setiap tahun turut mempengaruhi trend gaji rendah yang ditawarkan.

Mungkinkah perkenalan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dulu sedikit sebanyak mendorong majikan swasta untuk tidak merasa bersalah membayar gaji rendah kepada lulusan universiti kerana elaun bulanan yang dibayar kepada pelatih SL1M adalah RM1,500 sebelum dinaikkan RM1,800, beberapa bulan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Kini, kerajaan Pakatan Harapan pula mahu berjimat cermat. Walaupun hasrat itu wajar tetapi dibimbangi ia memberi mesej kepada majikan swasta untuk turut sama berjimat termasuk dalam soal penawaran gaji.

Semoga kerajaan dapat memperbetulkan keadaan ini bagi memastikan anak-anak kita tidak merasa dianiayai setelah merangkul ijazah.

P.S: Beruntungnya kerja dengan kerajaan.