SLUG: JPJJOHOR BAHRU 22 OKTOBER 2017 - Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JPJ, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman. pemberita ; faizalWAN AHMAD UZIR WAN SULAIMANNOTA TERBITAN UTUSAN MALAYSIA23 OKTOBER 2017 ISNINMUKA 14ARCHIVED BY SUE

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman (gambar), masyarakat negara turut tidak ketinggalan dalam soal pemilikan nombor plat yang unik dan menarik selain membawa maksud tertentu.

Namun beliau menegaskan, sekiranya nombor berkenaan disusun menyalahi spesifikasi ditetapkan pemilik kenderaan boleh dikenakan tindakan di bawah kesalahan nombor ‘berhias’ yang diperuntukkan dalam Kaedah 5, Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pendaftaran dan Pelesenan) 1959.

“Nombor plat adalah alat untuk pendaftaran kenderaan yang berasaskan peruntukan undang-undang negara selain bertujuan untuk memudahkan pihak berkuasa mengawal selia.

“Tidak salah sekiranya individu membeli nombor yang mereka minat tetapi menjadi kesalahan apabila nombor berkenaan disusun rapat dan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan,” katanya.

Wan Ahmad Uzir menjelaskan, Nombor Bernilai Utama adalah antara 1 hingga 10; Nombor Menarik seperti 888, 2222, 4444, 11, 12 dan 14 serta Nombor Popular seperti 9090, 7070, 2266 dan 4400 yang perlu dibida dengan harga tertentu.

“Nombor paling mahal adalah nombor antara satu hingga 10. Ada juga yang berminat dengan nombor kapit atau nombor yang digabungkan menjadi perkataan seperti AKU 8055 (AKU BOSS).

Ujarnya, bagi Nombor Bernilai Utama, harga minimum untuk tender adalah RM10,000 manakala Nombor Menarik minimum RM2,000 dan Nombor Popular harga minimum RM300.