Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Fakir miskin ‘diburu’!

PETUGAS LZS yang menyertai SJK menjejaki fakir miskin di Gombak
PETUGAS LZS yang menyertai SJK menjejaki fakir miskin di Gombak meluangkan masa beramah mesra bersama masyarakat Orang Asli di Batu 12, Gombak, Selangor baru-baru ini.

BETAPA bertuahnya masyarakat Islam di negara ini. Apa tidaknya, pelbagai cara dilakukan bagi membantu golongan tidak bernasib baik termasuk fakir miskin.

Tidak mahu terlepas pandang, kumpulan tersebut ‘diburu’ untuk diberi bantuan. Sungguh bertuah.

Itu tugas yang dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk membantu kumpulan asnaf tersebut.

Tidak mahu mengabaikan tugas dan amanah besar diberikan, LZS membentuk Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) yang bertindak mencari golongan fakir miskin bagi diagihkan bantuan sewajarnya.

SJK baru-baru ini menjadikan daerah Gombak sebagai kawasan untuk digempur mencari individu dan keluarga miskin bagi tujuan penyaluran bantuan zakat.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd. Ali berkata, operasi bersifat cari, siasat dan bantu itu bertujuan mengenal pasti individu atau keluarga miskin yang memerlukan bantuan.

Katanya, setelah berjaya dikenal pasti, kumpulan penerima itu akan disenaraikan sebagai asnaf fakir, miskin dan mualaf.

Menurutnya, usaha murni itu bertujuan menangani masalah kemiskinan di Selangor dan menyampaikan bantuan kepada golongan yang layak, namun masih belum disantuni LZS atas beberapa faktor.

“Dalam operasi rutin dilaksanakan di daerah Gombak ini, sebanyak 40 buah keluarga di Perkampungan Orang Asli Batu 12 disemak bagi menentukan sama ada mereka layak untuk diberi bantuan atau sebaliknya.

“Siasatan dilakukan secara terus dari rumah ke rumah, selain menyemak keperluan berdasarkan haddul kifayah atau garis penentuan kemiskinan keluarga terlibat,” katanya.

Jelasnya, keluarga yang layak akan didaftarkan sebagai asnaf, seterusnya disantuni dengan bantuan zakat seperti bantuan yuran dan kelengkapan persekolahan serta bantuan-bantuan lain bergantung kepada keperluan semasa keluarga tersebut.

Selain itu, katanya, aktiviti turun padang turut menjejaki keperluan lain bagi umat Islam di kawasan sekitar melalui agihan wang zakat kepada asnaf gharimin dan fisabilillah.

Tambahnya, sebanyak 46,500 keluarga asnaf fakir dan miskin telah disantuni LZS sepanjang tahun lalu. – HISYAMUDDIN AYUB

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain