Lebih manis apabila Norzasrudin muncul sebagai pendaki pertama tiba di ABC pada pukul 11.27 pagi (waktu Nepal), 30 April 2017. Penulis yang mendaki bersama suami, Azman Ahad pula tiba di ABC pada kira-kira pukul 1 petang.

Program anjuran Kelab Media Pahang dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang ini melibatkan 62 peserta dan berlangsung pada 24 April hingga 5 Mei 2017.