Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

DUNGUNYA PEMBANGKANG...

AGAKNYA apa kata ketua-ketua parti dalam Pakatan Harapan melihat
AGAKNYA apa kata ketua-ketua parti dalam Pakatan Harapan melihat kemesraan Najib Tun Razak bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump selepas mereka membincangkan hubungan strategik antara kedua-dua negara di White House, Washington kelmarin sempena lawatan kerja Perdana Menteri ke negara itu atas jemputan Trump. BERNAMA

KETIKA Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump menyambut ke­tibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di West Wing Lobby, White House, Washington kelmarin sebelum diperkenalkan oleh Trump kepada pegawai-pegawai kanan beliau, apa agaknya yang bermain di kotak fikiran kita di Malaysia?

Adakah pertemuan rutin biasa dua orang pemimpin? Teruja? Atau ada lagi perasaan lain?

Ketika Perdana Menteri diberikan kawalan khas iringan polis (police escort), pasukan sekuriti elit (secret service) serta kegunaan lapangan terbang tentera Andrews Joint Air Force Base untuk bertemu Trump, sekali lagi mahu dita­nya, kali ini pula kepada ketua-ketua parti dalam Pakatan Harapan dikepalai DAP: “Apa yang berlegar di benak fikiran anda semua?”

Kagum? Sakit hati? Malu sendiri? Atau ‘naik angin’?

Kita terkilan dan sedih mengapa masih ada anasir yang gemar mengadu-domba memburuk-burukkan pemimpin yang komited untuk melaksanakan kerja-kerja pentadbirannya demi memakmurkan negara ini.

Mengapa begitu pelik sekali tindak tanduk sebilangan ketua parti pembangkang yang sanggup memainkan emosi orang Melayu dengan mencanang Perdana Menteri kononnya akan ditangkap apabila berada di luar negara, khususnya Amerika Syarikat?

Tidak wajar sama sekali Pe­ngerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu pertemuan dengan sekumpulan penyokong­nya di ibu negara sebelum ini mem­fitnah Perdana Menteri.

“Berkemungkinan Najib akan ditangkap polis antarabangsa atau Interpol jika negara asing menyiasat perdana menteri atas tuduhan pengubahan wang haram.

“Jadi, dia kena duduk sini (da­lam negara), tak boleh keluar. Macam mana dia tarik pasport orang, tak bagi keluar, dia pun tak boleh keluar juga.

“Itu mungkin (berlaku). Bukan akan berlaku, tapi mungkin, dalam keadaan dunia sekarang,” fitnah Dr. Mahathir dalam satu video yang dimuat naik dalam sebuah blog.

Dr. Mahathir dan pembangkang barangkali sudah lihat de­ngan mata kepala sendiri pertemuan Najib-Trump di White House kelmarin. Kita biarkan perasaan yang bermain di fikirannya.

Hakikatnya, kalau diikutkan akibat putar belit pembangkang negara ini, kerajaan sedia ada sudah huru-hara dan bankrap. Tetapi macam mana sebuah negara yang ‘hampir nak muflis’ ini begitu sesak pula Stadium Bukit Jalil dengan kontinjen-kontinjen atlet negara rantau ini dan rakyat tempatan sendiri menyertai dan menyaksikan temasya Sukan SEA 2017 baru-baru ini?

Masakan pula atlet-atlet Malaysia yang ‘kononnya datang dari negara yang sedang tenat ekonominya ini’ boleh tiba-tiba muncul mengaut lebih 140 pi­ngat emas - yang terbanyak dalam sejarah sukan itu. Bukankah ‘dek kerana tenat ekonomi yang diuar-uarkan pembangkang dengan prasarana sukan jadi daif dengan mesin-mesin latihannya rosak dan berkarat’, tetapi mengapa pula muncul juara dunia renang papan anjal dan basikal datang dari kalangan atlet Malaysia? Kenapa pula jiran tetangga, Thailand dan Indonesia yang menyusut pingat emas mereka, begitu cemburu dengan kejaguhan Malaysia?

Dan bagaimana pula mungkin kerajaan Arab Saudi yang diperle­cehkan oleh pembangkang negara ini berkaitan isu ‘derma RM2.6 bilion’ boleh bersetuju me­ngembalikan kuota haji rakyat Malaysia kepada 30,200 jemaah berbanding hanya 22,000 jemaah sejak tiga tahun lalu?

Takkanlah Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud nak datang ke tempat ini (Kuala Lumpur pada Februari lalu) yang ‘memfitnah’ negaranya kot? Malah Raja Salman menyaksikan pula perjanjian antara Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Saudi Aramco bernilai RM31 bilion.

Dari segi indikator ekonomi, kalaupun Malaysia nak bankrap, ada lagi 80 negara yang akan muflis terlebih dahulu sebelum negara ini.

Tidak wajar Pakatan Harapan mengaitkan `risiko’ lawatan kerja Najib di White House dengan kes Presiden Sudan, Omar al-Bashir yang dikehendaki Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk dibicarakan atas beberapa tuduhan termasuk pembunuhan beramai-ramai di Darfur.

Melihat Trump mengalu-alukan kedatangan Najib di White House kelmarin, akhbar Oriental Daily News bertarikh 1 September 2017 menerusi tulisan Dominic Lau Hoe Chai kelihatan telah menjawab persoalan yang bermain dalam fikiran majoriti rakyat Malaysia.

Hoe Chai merujuk kenyataan kasar Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng bahawa Trump adalah dungu dan bodoh.

Malah Guan Eng me­ngaku tidak sudi bertemu dengan Trump sekalipun diberi peluang. Dan antara petikan berbaur sombong anak veteran DAP Lim Kit Siang ini “...jumpa orang macam ini, kita sendiri jadi bodoh.”

Komen Hoe Chai dalam komentarnya:

“Sebagai pemimpin, Guan Eng mesti menghormati dasar diplomatik negara selain tidak boleh sesuka hati menghina pemimpin negara lain. Apatah lagi Trump tidak ada sebarang ‘isu’ dengan parti pembangkang dan politik tanah air.

“Perlu diingatkan, sikap men­dungukan orang lain secara tidak langsung akan membuatkan Guan Eng sendiri nampak dungu.”

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain