Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysa (PPBM) itu antara lain berhujah, “agama Islam tidak meminta kita buat sesuatu untuk belahkan orang Islam.”

Benarkah hujah beliau itu? Hakikatnya RUU 355 mencatatkan sejarah apabila UMNO dan Pas atas nama kepentingan Islam bersatu demi membentangkan satu rang undang-undang yang dikhususkan untuk orang Islam.

Kesepakatan tersebut adalah rahmat untuk orang Islam setelah sekian lama mereka menyaksikan UMNO dan Pas sering berbalah kerana berbeza fahaman politik. Tetapi malangnya, Dr. Mahathir tidak melihat ia sebagai rahmat, sebaliknya satu ancaman politik kepada beliau yang selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri gagal menyatukan kedua-dua parti berkenaan.

Helaian sejarah politik negara mencatatkan, sepanjang menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Dr. Mahathir sering menjadikan Pas sebagai sasaran serangan dengan menuduh parti itu punca orang Melayu berpecah belah dan memperalatkan agama Islam sehingga memungkinkan umat Islam menjadi lemah. Tetapi apabila sudah ada tanda-tanda dua kuasa politik Melayu boleh bersatu, beliau yang kini rancak mengatur agenda bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri tidak dapat menerima hakikat itu.

Sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri, Dr. Mahathir cukup dihormati kerana sering mengkritik orang Melayu yang suka berpecah-belah akibat politik.

Pada 4 Mei 2013 di Bukit Mertajam, Dr. Mahathir berkata: “Perpecahan itu menyebabkan orang Melayu bertambah lemah dan terpaksa mengemis di negara sendiri seperti mana Pas dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemis kepada DAP untuk mendapatkan kuasa.” Dan pada 21 Disember 2014 beliau berkata: “Sama ada UMNO, PKR dan Pas mereka mengemis pada orang Cina, DAP untuk dapatkan sokongan. Dan memandangkan kita jadi pengemis, kita tidak lagi berkuasa.”

Sedarkah Dr. Mahathir, ketika Pas kini sudah meninggalkan Pakatan Harapan dan menolak DAP, beliau sendiri sekarang berkawan rapat dengan PKR dan bersedia ‘menyembah’ DAP untuk mendapat kuasa politik. Perlu diingat, ‘mengemis’ untuk mendapat sokongan antara parti-parti Melayu seperti UMNO dan Pas adalah jauh lebih baik daripada tindakan beliau ‘mengemis’ dengan DAP!

Dan Dr. Mahathir juga jangan lupa ketika wujud PKR, beliau pernah berkata pada 21 Disember 2014 bahawa: “Kita bermula dengan 80 peratus kemudian kurang kepada 60 peratus. Kita menjadi lemah tetapi masih lagi majoriti, namun perpecahan antara orang Melayu setiap satunya mewakili kurang 50 peratus undi Melayu menjadikan kita lemah dan bila ini berlaku kita tidak lagi mempunyai kuasa majoriti dan kuasa untuk memerintah.”

Kalau itu hujahnya, ini bermakna berikutan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Dr. Mahathir kini adalah penyumbang terbesar yang akan memungkinkan orang Melayu menjadi bertambah lemah akibat pecahnya undi kaum tersebut. Maka jika berlaku apa-apa kepada kuasa politik Melayu, Dr. Mahathir perlu bertanggungjawab kerana beliau sanggup mengamalkan politik ‘cakap tak serupa bikin’ dan `matlamat menghalalkan cara’.

Ini memandangkan melalui tindakan beliau ‘mengemis’ sokongan daripada DAP, Dr. Mahathir dengan sendirinya melupakan suara hati beliau dalam satu coretan pada 2014.

Antara lain beliau menulis, “Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan kerajaan, tidak dapat tidak, kerajaan ini akan terpaksa mengikut telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tonggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.”

Justeru tidakkah apa yang beliau lakukan sekarang melalui PPBM akan menghilangkan kedudukan orang Melayu sebagai tonggak pemerintahan negara? Yang sedang berkawan dengan DAP bukan Pas, yang sanggup menarik balik segala kecaman kepada DAP, bukan UMNO, tetapi Dr. Mahathir.

Tindakan beliau yang sanggup merendahkan tarafnya sebagai negarawan menyebabkan DAP semakin ‘naik tocang’ dan berasa semakin kuat kerana ada satu lagi parti Melayu yang sanggup ‘menyembah’ mereka demi secebis kuasa serta melaksanakan agenda politik.

Oleh itu Dr. Mahathir tidak perlu ‘bersilat lidah’ apatah lagi memutar belit fakta apabila menuduh RUU 355 akan menyebabkan orang Melayu berpecah. Sebenarnya orang Melayu sudah lama berpecah dan ia semakin parah ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri. Kewujudan Parti Melayu Semangat 46 dan PKR adalah buktinya.

Kesimpulannya, Dr. Mahathir perlu bermuhasabah dan mengingat kembali coretan suara hati beliau pada 23 September 2012. iaitu: “Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.” – Soalnya, tidakkah perbuatan itu sedang dilakukan oleh beliau sekarang? Semua orang tahu jawapannya.

KETIKA menghadiri satu forum di Shah Alam, kelmarin, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara terbuka mendakwa, UMNO memecahbelahkan umat Islam negara ini apabila membenarkan Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan Rang Undang-undang 355 (RUU 355) di Dewan Rakyat, Khamis lalu.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysa (PPBM) itu antara lain berhujah, “agama Islam tidak meminta kita buat sesuatu untuk memecahbelahkan orang Islam.”

Benarkah hujah beliau itu? Hakikatnya, RUU 355 mencatatkan sejarah apabila UMNO dan Pas atas nama kepentingan Islam bersatu demi membentangkan satu rang undang-undang yang dikhususkan untuk orang Islam.

Kesepakatan tersebut adalah rahmat untuk orang Islam setelah sekian lama mereka menyaksikan UMNO dan Pas sering berbalah kerana berbeza fahaman politik. Tetapi malangnya, Dr. Mahathir tidak melihat ini sebagai rahmat, ­sebaliknya ancaman politik kepada beliau yang selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri gagal ­menyatukan kedua-dua parti berkenaan.

Helaian sejarah politik negara mencatatkan, sepanjang menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Dr. Mahathir sering menjadikan Pas sebagai sasaran serangan dengan menuduh parti itu punca orang Melayu berpecah dan memperalatkan agama Islam sehingga memungkinkan umat Islam menjadi lemah. Tetapi apabila sudah ada tanda-tanda dua kuasa politik Melayu boleh bersatu, beliau yang kini rancak mengatur agenda bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri tidak dapat menerima hakikat itu.

Sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri, Dr. Mahathir cukup dihormati kerana sering mengkritik orang Melayu yang suka berpecah-belah akibat politik.

Pada 4 Mei 2013 di Bukit Mertajam, Dr. Mahathir berkata: “Perpecahan itu menyebabkan orang Melayu bertambah lemah dan terpaksa mengemis di negara sendiri seperti mana Pas dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemis kepada DAP untuk mendapatkan kuasa.”

Dan pada 21 Disember 2014 beliau berkata: “Sama ada UMNO, PKR dan Pas mereka mengemis pada orang Cina, DAP untuk dapatkan sokongan. Dan memandangkan kita jadi pengemis, kita tidak lagi berkuasa.”

Sedarkah Dr. Mahathir, ketika Pas kini sudah meninggalkan Pakatan Harapan dan menolak DAP, beliau sendiri sekarang berkawan rapat dengan PKR dan bersedia ‘menyembah’ DAP untuk mendapat kuasa politik? Perlu diingat, ‘mengemis’ untuk mendapat sokongan antara parti-parti ­Melayu seperti UMNO dan Pas adalah jauh lebih baik daripada tindakan beliau ‘mengemis’ dengan DAP!

Dan Dr. Mahathir juga jangan lupa ketika wujud PKR, beliau pernah berkata pada 21 Disember 2014 bahawa: “Kita bermula dengan 80 peratus kemudian kurang kepada 60 peratus. Kita menjadi lemah tetapi masih majoriti, namun perpecahan antara orang Melayu setiap satunya mewakili kurang 50 peratus undi Melayu menjadikan kita lemah dan bila ini berlaku kita tidak lagi mempunyai kuasa majoriti dan kuasa untuk memerintah.”

Kalau itu hujahnya, ini bermakna berikutan penubuhan PPBM, Dr. Mahathir kini adalah penyumbang terbesar yang akan memungkinkan orang Melayu menjadi bertambah lemah akibat pecahnya undi kaum tersebut. Maka jika berlaku apa-apa kepada kuasa politik Melayu, Dr. Mahathir perlu bertanggungjawab kerana beliau sanggup mengamalkan politik ‘cakap tak serupa bikin’ dan `matlamat menghalalkan cara’.

Ini memandangkan melalui tindakan beliau ‘mengemis’ sokongan daripada DAP, Dr. Mahathir dengan sendirinya melupakan suara hati beliau dalam satu coretan pada 2014.

Antara lain beliau menulis: “Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan kerajaan, tidak dapat tidak, kerajaan ini akan terpaksa mengikut telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tonggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.”

Justeru tidakkah apa yang beliau lakukan sekarang melalui PPBM akan menghilangkan kedudukan orang Melayu sebagai tonggak pemerintahan negara? Yang sedang berkawan dengan DAP bukan Pas, yang sanggup menarik balik segala kecaman kepada DAP, bukan UMNO, tetapi Dr. Mahathir.

Tindakan beliau yang sanggup merendahkan tarafnya sebagai negarawan menyebabkan DAP semakin ‘naik tocang’ dan berasa semakin kuat kerana ada satu lagi parti Melayu yang sanggup ‘menyembah’ mereka demi secebis kuasa serta melaksanakan agenda politik.

Oleh itu, Dr. Mahathir tidak perlu ‘bersilat lidah’ apatah lagi memutar belit fakta apabila ­menuduh RUU 355 akan menyebabkan orang Melayu berpecah. Sebenarnya, orang Melayu sudah lama berpecah dan ­semakin parah ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri. Kewujudan Parti Melayu Semangat 46 dan PKR adalah buktinya.

Kesimpulannya, Dr. Mahathir perlu bermuhasabah dan mengingat kembali coretan suara hati beliau pada 23 September 2012. iaitu: “Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.” - Soalnya, tidakkah perbuatan itu sedang dilakukan oleh beliau sekarang? Semua orang tahu jawapannya.