Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Dosa tidak terampun

JENAYAH rogol berkumpulan yang berlaku di New Delhi, India bulan lepas telah mencetuskan kemarahan ketara di kalangan penduduknya. Namun kejadian tersebut bukanlah sesuatu yang asing bagi penduduk negara itu kerana masalah utamanya adalah golongan wanita tidak mendapat tempat dan layanan yang selayaknya.

Sejak sekian lama pula, bandar Delhi dikatakan antara yang tidak selamat untuk golongan wanita. Atas alasan ini kebolehan dan hak mereka telah dinafikan. Jika berlaku kejadian penganiayaan dan rogol, mereka seolah-olah tidak ada tempat untuk mengadu.

Keadaan sama turut berlaku apabila sesebuah negara kalah dalam peperangan. Ini kerana golongan wanitanya sering menjadi sasaran membalas dendam.

Namun itu semua sudah menjadi sejarah dan para wanita kini sudah jauh ke hadapan. Namun adalah menyedihkan apabila kejadian rogol di New Delhi masih berlaku dalam dunia yang dilihat moden dan canggih.

Pancawarna minggu ini melihat beberapa kejadian rogol yang pernah mencatat sejarah sebagai terburuk pernah berlaku, bukan untuk memburukkan sesiapa, tetapi mahu menunjukkan seolah-olah manusia sudah hilang pedoman dan akal fikiran hanya kerana memenuhi gejolak nafsu serakah dan tuntutan nafsu yang seketika.

RAPE OF NANKING

KEKEJAMAN yang berlaku di wilayah Nanking dalam negeri China digambarkan oleh banyak pihak sebagai situasi umpama ‘neraka di dunia’.

Pihak Jepun yang ketika itu merupakan kuasa ketenteraan terkuat di Asia melancarkan serangan ke atas seteru utamanya China dalam usaha menjadikan negara itu sebahagian jajahannya.

Bermula dengan serangan di Shanghai yang berlanjutan selama lapan bulan sebelum tewas, tentera Jepun menuju ke Nanking untuk meneruskan serangan.

Berbeza dengan serangan di Shanghai yang begitu sukar ditewaskan, tentera China di Nanking tidak begitu bersedia dan terlatih.

Dengan jumlah tentera Jepun lebih 50,000 orang, mereka berjaya menumpaskan tentera China yang sekali ganda jumlahnya hanya dalam tempoh empat hari pada 13 Disember 1937.

Sejak itu hidup bertukar menjadi neraka dunia terutama bagi golongan wanita dan kanak-kanak.

Kesemua tentera China yang menyerah kalah dibunuh dengan kejam kerana dianggap sebagai pengecut.

Bagi golongan wanita, nasib mereka begitu teraniaya dan menyedihkan. Wanita berusia dari 70 tahun sehinggalah kanak-kanak sekitar lapan tahun dirogol dengan kejam tanpa perikemanusiaan.

Dilaporkan antara 50,000 hingga 80,000 golongan wanita dirogol secara berkumpulan oleh tentera Jepun yang mendapat arahan dari ketuanya atas alasan menghilangkan rasa takut pada perang selain menghancurkan musuh.

Lebih mengerikan terdapat penduduk Nanking yang dipaksa merogol anak dan saudara sendiri di hadapan ahli keluarga mereka atau berdepan risiko di bunuh.

Dalam kejadian yang berlaku hampir enam minggu, lebih 300,000 penduduk Nanking terbunuh dan mayat bergelimpangan di serata pelosok kawasan.

Jenayah kejam akibat peperangan adalah satu harga yang mahal untuk dibayar apabila pihak yang satu lagi tewas.

Melihat golongan wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa adalah sesuatu yang menyayat hati namun itulah hakikat yang menimpa kerana mangsa perang tidak pernah mengenal jantina dan usia.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain