- Ingin bertanya, Terengganu

UKE: Apa masalah dengan gagap ya? Kenapa masih ada orang yang bersikap sinis terhadap gagap? Inilah sesetengah mentaliti orang kita yang suka menghina sesama manusia. Setiap manusia dijadikan ada keistimewaan masing-masing dan ia ciptaan Allah yang Maha Sempurna dan Maha Bijaksana.

Pedulikan hinaan orang malah anda kena bergerak terus ke hadapan dengan cara mengenal kebolehan diri dan asuh serta gilap kebolehan itu sehingga anda berjaya. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Yang lebih gunakan untuk manfaat orang lain dan yang lemah ditutup dan dibantu oleh orang lain yang sempurna.

Bukankah cantik kehidupan jika saling tolong-menolong? Saya yakin anda ada kelebihan hebat yang tidak ada pada orang lain maka gunakan kebolehan itu untuk memajukan diri.

Jangan besarkan kekurangan diri kerana itu menjadikan anda lemah. Allah Maha Adil dan bukan zalim. Yang zalim ialah manusia yang tak pandai bersyukur dan suka menghina orang lain.

 

Terlupa tahiyat akhir

Saya buat solat hajat. Dalam sujud saya berdoa dan tiba lepas sujud sepatutnya saya terus tahiyat akhir tapi terlupa dan terus beri salam. Apakah sah solat saya itu?

- Yati, Kuala Selangor.

UKE: Duduk pada tahiyat akhir merupakan rukun solat, begitu juga membaca tahiyat akhir dan selawat ke atas Nabi SAW juga merupakan rukun solat. Maka jika anda tidak melaksanakannya maka solat anda tidak sah.