Mahadi Che Ngah
MAHADI CHE NGAH

Memandang serius isu tersebut, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan pelbagai perancangan bagi menyelesaikan masalah tersebut yang menjadi dilema kepada masyarakat di ibu kota.

Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL, Datuk Mahadi Ngah memberitahu, perancangan tersebut adalah termasuk usaha mewujudkan lebih banyak kemudahan tempat letak kereta untuk kemudahan awam.

“Sebanyak 12 kompleks letak kereta bertingkat di 12 perumahan awam sedang giat dibina ketika ini. Kesemuanya dijangka siap secara berperingkat bermula Januari sehingga Ogos 2018.

“Selain parkir, kompleks bertingkat itu turut dilengkapi beberapa kemudahan lain termasuk dewan serbaguna, ruang perniagaan, gelanggang badminton dan futsal,” katanya.

Dalam pada itu, Mahadi memberitahu, pihaknya akan menambah beberapa kemudahan lain bagi mengurangkan kesesakan dalam bandar.

“Lebih banyak laluan pejalan kaki berbumbung dan laluan berbasikal akan dibina untuk memberi keselesaan kepada orang awam bergerak dari satu tempat ke tempat lain di dalam bandar.

“Kemudahan ini akan menggalakkan mereka menaiki pengangkutan awam yang disediakan sekali gus mengurangkan kemasukan kereta ke dalam kawasan bandar,” ujarnya.