Kamal, Seremban.

UKE: Selagi anda tidak nampak zahir air najis atau sebarang jenis najis maka harus anda membasuh di kedai dobi tersebut. Jika anda ragu-ragu maka anda basuhlah di rumah anda sendiri agar keluar daripada perasaan was-was.


Solat tidak pakai baju

Apakah hukum bagi lelaki bersolat dengan tidak berbaju tetapi masih menutup aurat?

Zairy, Kuala Lumpur.

UKE: Makruh bagi mazhab Syafie dan Maliki jika tidak berpakaian menutup bahagian atas badan kita. Namun jika hanya menutup aurat iaitu dari pusat ke lutut sahaja hukumnya tetap sah dan wajib diingat menutup aurat itu ialah syarat sah solat.

Saya cuma bimbang jika tidak ada pakaian atas badan hanya pakaian bawah sahaja anda mengakibatkan ternampak aurat. Sebab itu berpakaian sempurna lebih disukai.


Bayar cukai tapi tak bayar zakat

Saya membayar cukai pendapatan setiap tahun tetapi tidak membayar zakat pendapatan. Adakah itu berdosa?

Zairi, Johor Bahru.

UKE: Zakat ialah tuntutan agama yang difardukan apabila cukup syaratnya. Manakala cukai pendapatan adalah cukai yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Di Malaysia, pembayaran cukai pendapatan akan diberikan rebat apabila zakat dibayar dalam taksiran yang sama dan resit diberikan daripada jabatan agama Islam negeri-negeri di Malaysia.

Maknanya tidak ada pertindihan atau pembayaran dua kali iaitu jika anda membayar zakat, secara tidak langsung cukai pendapatan anda dipotong jumlahnya mengikut jumlah zakat anda tanpa had.

Maka faedah daripada zakat adalah untuk kepentingan umat Islam yang disebut asnaf secara khusus dan cukai pula ialah untuk pembangunan negara secara umumnya.