try dengarlah lagu Kejoraku Bersatu…’

“Apakah ini?”

“Mangkuk… main ceroboh je bilik orang, sengal!” Adeeb dengan cepat mengatup komputer ribanya. Terkejut dengan sapaan rakan serumah yang entah bila muncul dengan tiba-tiba.

“Untunglah… ramai Secret Admirer!” Perli Kaisar. Dia terus melabuhkan punggung di birai katil milik Adeeb. Suka melihat reaksi sahabat yang hilang keruan tak berhaluan.

“Bukanlah… ini salah seorang pembaca setia cerpen aku kat online.” Terang Adeeb.

Nampak sangat gelabahnya tidak boleh disorok.

“Hish, bukan pembaca biasa ni… siap hantar kat private message lagi! Tentunya ada sesuatu, tak gitu?” Kaisar mengusik. Mudah saja untuk cungkil rahsia si Adeeb. Lambat laun Adeeb pasti kecundang juga.

“Dahlah… hilang mood menulis aku bila kau ada kat sini. Sila beredar ke bilik sendiri boleh?” Adeeb tidak senang duduk. Banyak masa terbuang jika melayan Kaisar si, Juara Kaki Bahan Negara.

Kaisar terus bangun dan kakinya diatur perlahan untuk beredar. Dalam setiap langkah dia melagukan satu peribahasa, “sekilas ikan di air, sudahku tahu yang mana jantan dan yang mana betina!” Di hujung pintu terdengar Kaisar ketawa besar.

“Kurang asam punya lanun! Adeeb menyumpah dalam hati.”
*****

“Boleh kalau saya nak tahu… siapakah gerangan JP yang dimaksudkan dalam puisi awak tu? Private message dihantar lagi. JP merupakan initial nama penanya iaitu singkatan daripada Jet Pen. Sudah hampir sebulan dia dan si Pembaca Misteri berbalas mesej di ruangan itu. Masing-masing punya minat menulis dan mengenali secara maya dalam aplikasi Android. Bezanya Adeeb suka menulis cerpen manakala si Dia suka menulis puisi. Mesej sentiasa dinanti. Rasa janggal pula kalau sehari tanpa mesej-mesej tersebut.

Penantian Adeeb tidak lama, balasan si Dia diterima. “Kenapa nak tahu?

“Mestilah nak tahu. Mana tahu JP tu mungkin saya. Siapa dia?

“Kalau awaklah orangnya bagaimana? Mereka berbalas mesej. Kadang-kadang sampai hang aplikasi tersebut dibuatnya.

Glurppp! Adeeb menelan air liur. Jantungnya mula berdebar. Dia tidak terus menjawab soalan itu. Berfikir! Puisi si Dia diulang baca. Mata terpaku di sebaris ayat, “JP dalam diam ku mencintaimu.” Adeeb geleng kepala. Dadanya diurut perlahan. Jantung bergendang kuat kalah loud speaker! “Apa aku nak jawab ni?

Mesej masuk lagi. Senyap? Itulah… lain kali jangan tanya kalau belum betul sedia.

“Awak cintakan JP ke atau cintakan karakter dalam cerpen JP tu? Mesej itu betul-betul mencabar kelakiannya. Tanpa berlapik, Adeeb terus bertanya.

“Tentulah JP, karakter awak bukannya wujud di alam nyata pun!

“How? Apa yang membuatkan awak terjatuh cinta dengan JP? Kenal tidak, berjumpa apatah lagi! Pelik bukan? Rasa ingin tahu Adeeb semakin menggunung. Berbunga hatinya bila mana mengetahui ada yang suka kepadanya. “Secret Admirer terngiang kata-kata Kaisar di fikiran.

“Saya sendiripun pelik. Entah…hasil tulisan awak menjadi penyumbang terbesar dalam kejadian ni kot, boleh?

“Apa maklum balas yang awak harapkan daripada saya? Adeeb mula memancing.

Bahaya! Tindakannya didorong rasa hati. Langsung tidak memikirkan bencana di sebalik maklum balas spontan itu.

“Tentulah mengharapkan awak membalas cinta saya juga.

*****

“Kau dah habis fikir ke der? Ini bukan mende main tau! Jangan ikutkan hati, nanti mati!” Nasihat Kaisar. Dia kurang bersetuju dengan jenis percintaan yang menghantui sahabatnya kini. Kenapa menghantui? Teruk sangatkah? Bukan teruk… cuma seram sejuk je seperti tertengok momok!

“Kita orang dah declared pon. Aku pasrah je siapa pun dia. Aku yakin dia ikhlas dengan aku.” Ketika itu bukan pendapat yang Adeeb perlukan daripada Kaisar tetapi lebih berupa sokongan.

“So… no point-lah kau cerita semua ni kat aku der! Apedaaa!” Perli Kaisar dengan muka tak ada perasaan.

“Apa pulak… sekurang-kurangnya sekarang kau dah tahu aku ni dah berpunya!

Tak de lah kau nak bahan aku solo lagi, ada faham kawan?” Adeeb tepuk bahu Kaisar. Riak di wajahnya nampak bangga.
“Terbaik kawan!” Perli Kaisar. Mereka sama-sama ketawa.

*****

Masa pantas berlalu. Satu demi satu tentang diri masing-masing diketahui. Sungguh luar biasa penangan cinta. Tanpa bersua muka, boleh juga terbit cinta. Bermula dengan mengkagumi hasil tulisan masing-masing. Kemudian beralih di medan private message dalam aplikasi telefon pintar dan kini boleh lemas kalau sehari tidak mendengar suara kekasih hati. Kuasa cinta! Kau ada?

“Sayang… kita jumpa nak?” Ajak Adeeb. Suaranya gugup menyuarakan permintaan itu.

“Boleh… bila?” Alyn pantas menjawab. Sungguh teruja. Terlalu lama dia nantikan saat itu. Berkali diminta tetapi Adeeb yang selalunya berkata, nanti dulu.

“Minggu depan I balik kampung, kita jumpa di lokasi yang sayang tetapkan dulu.”

Adeeb tewas juga. Rindu sudah tidak tertahan dan semakin mendesak jiwa. Mereka perlu bersua muka. Rupanya mereka dipisahkan jauh 400 kilometer. Dia di selatan dan Alyn di utara. Kos cinta mereka tersangatlah tinggi. Payah bila rindu memukul jiwa. Bukannya boleh terus bersua! Mujur sabar menjadi tali antara mereka.

“Tak takut?” Tanya Alyn ringkas di talian.

“Nak takut apa?” Adeeb bingung dengan soalan kekasih hatinya.

“Yelah… mana tahu kita tak seperti yang sayang harapkan. Nanti nampak je kita, sayang terus lari.” Terang Alyn. Kedengaran suram suara Alyn di talian. “Sayang, I tak sekejam tu tau…” Adeeb berhenti menarik nafas panjang. Terasa sesak dadanya mendengar luahan seperti itu, “…dulu, masa kita setuju untuk sampai ke detik ini…

I dah janji dengan diri. Siapapun sayang, dalam dan luaran… I syukur dan redha, I boleh terima dan kita boleh laluinya bersama. Takut sayang je yang lari nanti!” Adeeb cuba bergurau.

“Eiii…tiru ayat kita pulak!” Mereka ketawa. Bahagia dirasa bersama. “Kita rasa yang sama tau! Kita pasti sayanglah satu-satunya soulmate yang dicipta buat kita selamanya.”

*****

“Ya ampun… macam mana boleh tinggal der? Tolong buang penyakit sengal kau tu… dah nak nikah pun kejap lagi!” Kaisar menggaru kepala. Habis jatuh songkok ke tanah.

“Sebab tu, aku suruh kau pegang tadi tapi kau tak mahu! Tengok… dah tertinggal atas meja makan!” Berpeluh-peluh muka Adeeb. Merah padam pun ia juga. Debar nak angkat nikah satu hal. Bertambah berdebar bila baru perasan cincin nikah tertinggal. Bencana!

“Kalau gitu baik aku je yang nikah dengan Alyn!” Sengeh Kaisar. Sempat menambah bahang ketenangan Adeeb.

“Lebihlah ni…” Adeeb berwajah tegang, “Aku nak jalan keluar. Sila bagi aku jalan penyelesaian sekarang, boleh?” Tetamu sudah membanjiri rumah pengantin perempuan. Tok Kadi pun dah sampai dengan para saksi bersedia untuk menyatukan Adeeb dan Alyn.

“Taraaaa….” Kaisar mengeluarkan kotak merah daripada kocek seluarnya. Dia sengeh panjang.

“Siot laaa luuu, Kai-lan ikan masin!”