Tetapi, bagi mereka yang ingin mendalami seni fotografi dan sedang mencari sebuah kamera kanta reflek tunggal digital (DSLR) comel dan mudah untuk digunakan, anda patut pertimbangkan Canon EOS M50.

Didatangkan dalam saiz yang ringan, Canon EOS M50 dilengkapi dengan beberapa ciri membuatkannya sesuai dibawa ke pelbagai acara lebih-lebih lagi ke luar negara.

Kamera ini mempunyai nilai ISO yang tinggi dan ciri Features Guide yang memudahkan pengguna-pengguna baharu untuk menggunakan ciri-ciri Scene Mode dan Creative Filter.

Jelas di sini usaha Canon sebagai antara jenama besar dalam dunia DSLR untuk kekal relevan dalam industri pembuatan kamera dengan memperkenalkan model mirrorless mereka.

Kamera dengan 24.1 mega piksel APS-C CMOS Sensor (Dual Piksel CMOS AF yang lebih baik) menawarkan 2.36 juta dot OLED EVF.

CANON MINI PRINTER PV123

Canon Mini Printer PV123 (Rose Gold)

Penggambaran filem dalam 4K 23.98p/25p, ia juga mempunyai lima paksi penstabilan imej semasa penggambaran filem (Gabungan IS).

Tidak puas melihat gambar pada paparan digital, pengguna boleh mendapatkan Canon Mini Photo Printer PV123.

Padat, mudah dialih dan ringan menghasilkan foto yang tidak comot dan kalis calar serta terhubung dengan sambungan Bluetooth. - NUR HANANI AZMAN

Nama Produk: Canon EOS M50
Link Produk: https://shopee.com/Canon-EOS-M50
Harga: RM3,149.00

Nama Produk: Canon Mini Photo Printer PV123
Link Produk: https://shopee.com/Canon-Mini-Photo-Printer-PV123
Harga: RM499.00