Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

PENULIS masih ingat ketika bertemu de­ngan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia, Datuk Dzulkifli Ahmad sewaktu beliau masih menjadi Pengarah Pasukan Penguat Kuasa Pemulihan Hasil Negara (NRRET).

Ketika itu beliau menyatakan kepada penulis, apa yang beliau lakukan adalah jihad bagi memerangi penyelewe­ng­an, salah guna kuasa dan ketirisan. Justeru apa juga cabaran dan dugaan akan beliau tempuh dengan tabah.

Ternyata selepas diberi amanah mengetuai SPRM, semangat, komitmen dan keazaman Dzulkifli tidak pernah berubah. Malah biarpun baru enam bulan menerajui agensi tersebut, beliau berjaya mengubah persepsi daripada kontroversi kepada digeruni.

Namun begitu Dzulkifli memahami perjalanan masih panjang, impian beliau dan SPRM ialah membanteras ra­suah habis-habisan yang dianggap kini sudah berada di tahap kronik.

Sudah pastilah dalam usaha tersebut, SPRM memerlukan sokongan rakyat. Seperti mana impian Dzulkifli, beliau mahu menjadikan SPRM sebuah agensi yang digeruni tetapi dalam masa yang sama mesra rakyat.

Sememangnya itulah pendekatan terbaik kera­na dalam keadaan apa sekali pun rasuah perlu diperangi habis-habisan. Tindakan drastik dan kejutan demi kejutan yang dilakukan oleh SPRM sejak kebelakangan ini melalui penangkapan dan penahanan penjawat awam termasuklah anggota agensi penguat kuasa dan ahli politik bagaikan memberi harapan baharu kepada rakyat yang bencikan rasuah.

Selama ini mereka tidak melihat tindakan sebegitu tegas dilakukan oleh SPRM. Keadaan itulah yang sedikit-sebanyak ‘menyumbang’ kepada merebaknya gejala rasuah sehingga disifatkan umpama ‘barah di tahap empat’.

Kalau mahu diharapkan ketua jabatan atau ketua agensi penguat kuasa melakukan tindakan habis-habisan bagi memastikan pegawai atau anggota mereka bebas daripada rasu­ah atau salah guna kuasa - ibarat mimpi di siang hari. Apa yang kerap kali kita dengar hanyalah sekadar ingatan dan amaran, sedangkan tindakan entah ke mana.

Oleh itu ketegasan SPRM amat diperlukan bagi memastikan perbuatan menjamah wang haram dan hidup mewah melalui salah guna kuasa dapat dihapuskan sama sekali.

Jika mengkaji satu demi satu tangkapan yang dilakukan oleh SPRM sejak kebelakangan ini, kita akan berasa gerun melihat bagaimana rasuah bagaikan virus yang kini meresapi hampir semua jabatan, kementerian dan agensi.

Daripada kawalan sempadan negara hinggalah ke pejabat agama, semuanya tidak terlepas daripada terkena virus ra­suah. Semuanya berpunca akibat sikap tamak dan tidak pernah bersyukur dengan apa yang Allah berikan serta melihat kuasa dan kedudukan adalah peluang untuk mengumpulkan kekayaan peribadi.

Mereka terlupa balasan Allah di akhirat, mereka menjamah wang haram sebanyak mungkin dan berasa bahagia kerana dapat menikmati segala kesenangan melalui satu sumber pendapatan yang cukup menjijikkan.

Jika sikap seumpama ini berterusan, sudah tentu akan menjadi ancaman kepada masa depan negara. Kalau sempadan boleh dibolosi kerana rasuah, jika semua kes jenayah seperti judi haram boleh dibiarkan bermaharajalela kerana ada anggota agensi penguat kuasa sudah ‘makan suap’ manakala urusan lain hanya lancar selepas ‘duit kopi’ diberikan, apa akan berlaku kepada rakyat dan negara?

Justeru kepada SPRM, teruskanlah jihad di bawah kepe­mimpinan Dzulkifli. Jangan pedulikan apa juga tafsiran dan persepsi yang wujud apabila tindakan pembanterasan dilakukan kerana pengamal rasuah harus dihapuskan dalam apa keadaan sekali pun. Percayalah, rakyat akan bersama SPRM!

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain