Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BULI : TANGUNGJAWAB SEMUA

MUKADIMAH
KELMARIN, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, DATUK SERI ROHANI ABDUL KARIM tidak mampu menahan sebak ketika menziarahi keluarga mangsa buli, mendiang T. Nhaveen di Krematorium Batu Gantung, Pulau Pinang.

Rohani turut mendengar rintihan ibu mangsa, D. Shanti yang mahukan pihak  berkuasa mendapatkan pembelaan yang adil untuk mendiang. Senada dengan harapan ibu mendiang juga, Rohani mengingatkan semua pihak supaya menjadikan insiden tragis menimpa Nhaveen sebagai kes buli terakhir di negara ini.

Dalam temu bual dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLI JALIL semalam, menteri itu menggariskan peranan yang perlu dimainkan ibu bapa, pihak sekolah dan masyarakat untuk mengekang jenayah buli ini daripada menular. 

Dalam pada itu wartawan Mingguan Malaysia AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI turut berpeluang mewawancara Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), TAN SRI LEE LAM THYE.


MINGGUAN: Isu buli dan dera terutama melibatkan pelajar dan kanak-kanak kembali menjadi topik hangat. Sejauh mana seriusnya masalah ini di negara ini?

ROHANI: Setakat ini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak mempunyai rekod atau statistik mengenai kes buli yang berlaku di Malaysia. Namun kes-kes buli sememangnya berlaku tetapi bagi kes-kes yang serius melibatkan kecederaan atau kematian didapati kes-kes terpencil sahaja. Oleh sebab baru-baru ini timbul isu buli sehingga menyebabkan kematian, maka ia telah memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa isu ini perlu ditangani segera sebelum kes buli menjadi lebih serius sehingga menyebabkan kematian.

 

Apakah kesan perlakuan buli terhadap mangsa dan apakah tindakan yang sepatutnya diambil oleh mangsa?

ROHANI: Akibatnya, mangsa buli akan mengalami kemurungan atau cemas. Selain itu, mereka terpaksa menempuh penderitaan berikut antaranya, peningkatan perasaan sedih dan keseorangan, perubahan masalah tidur dan makan, hilang minat dalam aktiviti yang sering diceburi. Isu ini akan berpanjangan sehingga dewasa, masalah kesihatan (emosi dan psikiatri), keciciran dalam pelajaran kerana kanak-kanak takut ke sekolah untuk mengelakkan daripada dibuli.

Ini akan menyebabkan keciciran dalam pelajaran. Selain itu kesan buli membawa kepada bahaya atau pendedahan untuk membunuh diri kerana merasakan diri mereka dalam keadaan hopeless, powerless serta tercalar maruah diri akibat perbuatan dera.

 

Mangsa buli di sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT) biasanya menyembunyikan apa yang berlaku daripada pengetahuan ibu bapa, guru dan pihak sekolah kerana takut dipukul oleh pembuli. Pelajar-pelajar lain juga mendiamkan diri. Kenapa boleh wujud keadaan sebegini?

ROHANI: Ini ada kaitan dengan persepsi masyarakat memandang remeh mengenai perkara ini. Tanggapan masyarakat ialah buli sebahagian daripada budaya masyarakat tempatan malahan seluruh dunia. Kebanyakan masyarakat tidak sedar isu buli memberi kesan jangka panjang dari segi perkembangan psikologi dan emosi.

Kanak-kanak sama ada pembuli mahupun mangsa buli cenderung melakukan perbuatan buli seperti isu buli berlaku di IPT mahupun bagi orang dewasa dan kita sering mendengar bahawa isu penderaan kanak-kanak berlaku. Kes-kes penderaan yang menjangkau 5,000 kes setahun merupakan kesan psikologi dan emosi pendera yang dibuli semasa remaja.

​Jika ahli masyarakat tidak peka terhadap isu buli, ini sekali gus menunjukkan tidak ada perbincangan mahupun komunikasi antara satu sama lain antara ibu bapa dengan guru, guru dengan murid ataupun sesama murid.

Sekiranya perhubungan sedemikian tidak berlaku secara sendiri, kes buli akan tersembunyi tanpa pengetahuan sehingga melibatkan kecederaan atau kematian, barulah masyarakat sedar isu ini perlu ditangani.

Apabila wujud inisiatif ahli masyarakat memainkan peranan masing-masing, maka barulah kanak-kanak mempunyai keyakinan diri untuk melaporkan kes buli kepada pihak berkuasa atas kesedaran mereka isu buli akan ditangani.

 

​Kenapa perbuatan buli masih berterusan sehingga ke peringkat IPT? Dahulu pernah berlaku tetapi tidaklah seteruk sekarang sehingga mengakibatkan kematian?

ROHANI: Pengaruh teknologi digital yang canggih memberi impak pendedahan elemen-elemen keganasan yang dipaparkan dalam Internet. Antaranya, menerusi media elektronik, cerita-cerita di televisyen mahupun pelbagai permainan (video, MP3 atau arked permainan video) yang berunsur keganasan.

Pendedahan yang berterusan kepada media elektronik, media sosial, Internet tanpa sempadan membuka ruang dan peluang seluas-luasnya kepada kanak-kanak melayari dan menonton atau beriadah dengan permainan berunsur keganasan. Tambahan pula ada ibu bapa tidak memantau atau menyelia aktiviti anak mereka dan ini menyebabkan kanak-kanak terpengaruh dengan unsur keganasan sehingga menyebabkan tingkah laku ganas.

​Kanak-kanak di bawah pengaruh dadah juga merupakan antara sebab mengapa isu buli semakin lama semakin ganas. Pembuli di bawah pengaruh dadah amat berbahaya kerana mempengaruhi minda sehingga hilang kewarasan.

Apa peranan yang boleh dimainkan ibu bapa, guru, pihak sekolah, masyarakat dan juga kementerian bagi menghentikan gejala buli?

ROHANI: Mereka perlulah peka terhadap sebarang perubahan kanak-kanak, sama ada kanak-kanak tersebut ialah pembuli ataupun mangsa buli. Untuk memastikan ibu bapa lebih peka terhadap isu buli, kesedaran dan pengetahuan serta kemahiran perlu diberikan.

Justeru, program-program kesedaran perlu digerakkan bagi membantu ibu bapa menangani isu dengan lebih efektif. Dengan nada kesedaran dan pengetahuan, maka hubungan komunikasi antara kanak-kanak, ibu bapa dan guru-guru dapat dipertingkatkan.

Keduanya, bagi ibu bapa muda yang tidak mempunyai pengetahuan atau pengalaman keibubapaan dan menguruskan kanak-kanak khususnya dalam usia baru berkembang serta mempunyai sikap memberontak, kemahiran keibubapaan adalah perlu supaya hubungan ibu bapa dengan anak adalah lebih positif dan kanak-kanak merasakan diri mereka adalah sebahagian daripada keluarga dan disayangi.

Ini akan menimbulkan keyakinan diri serta sayang terhadap diri sendiri, sekali gus mempertingkat hubungan positif dengan rakan sebaya. Ketiga, guru-guru juga harus mempunyai kesedaran mengenai isu buli dan mempunyai kemahiran untuk mengenal pasti perbuatan buli di sekolah. Guru-guru harus mengambil tindakan segera melaporkan kes-kes buli kepada pengetua atau pihak kaunselor sekolah atau polis sekiranya kes buli bertambah serius.

Keempat, pihak sekolah harus meningkatkan kehadiran polis di persekitaran sekolah agar dapat memantau kes-kes buli daripada berlaku. Pihak kaunselor sekolah perlu bekerjasama dengan ibu bapa serta kanak-kanak bermasalah supaya bimbingan serta kaunseling boleh diberikan.

Kelima, pihak sekolah dalam menangani isu ini perlu lebih komited dengan mengadakan dasar perlindungan kanak-kanak di sekolah yang mengandungi proses bagi mengenal pasti buli, cara pelaporan, pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti agensi-agensi mahupun perkhidmatan atau khidmat sokongan yang ada.

Keenam, di peringkat kementerian, saya akan memberi kerjasama melalui Strategi Lautan Biru (NBOS) dengan pihak sekolah untuk mengadakan program-program keselamatan kanak-kanak seperti advokasi Program Sahabat Bijak, perkhidmatan kaunseling kepada semua ibu bapa dan penjaga, kanak-kanak bermasalah, menggalakkan penggunaan saluran Talian Kasih 15999 atau ChildLine sebagai saluran untuk orang ramai melaporkan kes-kes buli.

Di peringkat komuniti pula, Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak dan Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak bersama pusat-pusat [email protected] boleh membantu menguar-uarkan isu buli. Tindakan awal dapat diberi supaya isu buli tidak menular.

Pasukan Kebajikan dan Pasukan Perlindungan Kanak-kanak seharusnya memainkan peranan di peringkat komuniti supaya masyarakat mempunyai kesedaran yang tinggi dan membolehkan hubungan antara agensi, komuniti, ibu bapa dan penjaga serta kanak-kanak secara bersepadu untuk mencegah isu penularan kes buli di sekolah.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain