Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

'BUKU BERTEMU RUAS'

SIRI AKHIR

Datuk Seri Najib Tun Razak mencium tangan ibunya, Tun Rahah Mohammad
DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK mencium tangan ibunya, Tun Rahah Mohammad Noah di Jalan Eaton, Kuala Lumpur pada 3 April 2009 sebagai tanda memohon restu selepas dilantik sebagai Perdana Menteri keenam sambil diperhatikan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor. UTUSAN/MOHD. NAIM AZIZ

MUKADIMAH: SEJAK dahulu lagi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad penuh dengan kerenah dan sikapnya yang kontroversi serta sukar dikawal sesiapa.

Gelagat bekas Perdana Menteri itu seolah-olah suatu seni politik ‘sapu sahaja, janji boleh’ - yang ketara dengan inti pemikiran politik Machiavelli yang berteraskan kekuasaan. Ikuti babak-babak yang pernah dicetuskan Dr. Mahathir semasa beliau berurusan dalam parti dan kerajaan dalam 10 siri yang dilaporkan wartawan Utusan Malaysia, ZULKIFLI JALIL.

 

 

TUN Dr. Mahathir Mohamad tidak putus-putus menjadi ‘shadow shogun’ dalam menentukan hala tuju kerajaan dan individu yang dimusuhinya.

Apabila merebak ke tindak tanduk skala begini, tentu sahaja masyarakat membuat kesimpulan: “Kenapa semuanya serba tak kena dengan Dr. Mahathir? Me­ngapa ‘kecelaruan’ ini berlaku? Pemimpin manakah yang dapat memuaskan hatinya?”

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri pernah menyifatkan dakwaan Dr. Mahathir kononnya beliau telah menimbulkan ‘masalah lebih besar’ terhadap negara ini sebahagian besarnya berpunca daripada perbuatan bekas perdana menteri itu sendiri.

‘Masalah’ yang dirujuk oleh Dr. Mahathir, kata Najib dalam rua­ngan soalan yang sering ditanya di dalam blog beliau, najibrazak.com. pada 2015 adalah: “Sebahagian besarnya berpunca daripada perbuatannya (Dr.Mahathir) sendiri akibat daripada ‘serangan’ dilakukannya dan tindakannya melaungkan pembohongan dan fitnah oleh pembangkang.”

Dakwaan berkenaan telah di­sebar luas menerusi Internet dan itu adalah sesuatu yang Dr. Mahathir tidak perlu hadapi semasa beliau menjadi perdana menteri.

“Hanya kerana satu pembohongan telah disebarkan beribu-ribu kali, ia tidak akan menjadikan ia sebagai benar.

Dengan serangan hebat seumpama itu dibuat secara dalam talian, adalah tidak menghairankan bahawa Tun (Mahathir) fikir wujud ‘masalah’ lebih besar hari ini,” kata Najib.

Perdana Menteri mengambil peluang untuk menjawab kritikan dilemparkan terhadapnya dan pentadbiran beliau membabitkan kontroversi 1Malaysia Development Berhad, cukai barang dan perkhidmatan (GST), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta isu-isu berkaitan.

Pentadbiran dipimpin Najib sama seperti mana-mana pentadbiran lain yang tidak terlepas daripada berdepan cabaran. Rekod kerajaan sejak lapan tahun lalu menunjukkan kerajaan menjadikan keadaan lebih baik bagi semua rakyat Malaysia.

Dalam berhadapan setiap kali ‘serangan’ kritikan daripada Dr. Mahathir, Najib sentiasa mengingatkan ahli UMNO dan Barisan Nasional serta semua rakyat negara ini untuk tidak terus mempercayainya bulat-bulat.

Beliau meminta mereka untuk berfikir dan menganalisis fakta­nya apabila itu berlaku. Apa yang ditonjolkan oleh Dr. Mahathir, kata Najib, adalah tuduhan dan masalah kerana: “Perdana Menteri keempat itu tahu dan sedar bagaimana ‘untuk mempe­ngaruhi minda rakyat terhadap kerajaan sekarang dan saya’.

Najib tidak menyangkal sumbangan dan jasa Dr. Mahathir yang telah melakukan banyak perkara baik dan hebat semasa menjadi perdana menteri tetapi kini ‘beliau tidak lagi menerajui pentadbiran’.

“Malah sekiranya saya berundur, Tun akan terus campur tangan dalam pentadbiran negara. Beliau boleh kata yang beliau hanya melaksanakan hak demokrasi sebagai seorang warganegara, tetapi inilah sifat Tun Mahathir,” kata Najib.

Rakyat cenderung untuk percaya apa sahaja yang dikatakan oleh Dr. Mahathir walaupun ia tidak betul sepenuhnya. Dan ia mempunyai kesan amat besar terhadap persepsi orang ramai kerana beliau bukan sekadar orang biasa.

“Terdapat sebab kenapa kebanyakan bekas ketua kerajaan di seluruh dunia tidak campur tangan dalam kerja pentadbiran semasa kerana apa sahaja yang mereka katakan boleh dengan mudah menjejaskan sistem itu,” kata Perdana Menteri.

Kata Mahathir, beliau terpaksa menarik balik sokongan dan mengkritik kerajaan pimpinan Najib kerana dasar dan tindakan Najib dilihat tidak berkesan berbanding Perdana Menteri sebelum ini yang dipilihnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Persoalannya - jika semua orang yang disokong Dr. Mahathir akhirnya terbukti yang itu adalah kesilapan Mahathir memilihnya, apa pula alasan untuk rakyat Malaysia yakini yang pilihan beliau untuk menyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Itu seandainya Pakatan Harapan dikepalai DAP menang. Maka untuk Anwar terus menjadi pemimpin nombor satu negara itu adakah tindakan yang tepat daripada pengamatan Dr. Mahathir sendiri?

Hakikatnya dalam kehidupan, biasanya pihak tertentu akan nampak salah atau kelemahan orang lain sahaja.

Bila ternampak itu, langsung dia melatah dan lupa kepada kebaikan yang dibuatnya. Demi­kianlah juga yang menimpa Perdana Menteri.

Pastinya, agenda utama Pakatan Harapan dikepalai DAP serta turut ‘dipelopori’ Dr. Mahathir adalah mencari salah dan melaungkan ‘kesalahan itu ini’ yang dilakukan oleh kerajaan dan Najib sendiri.

Ini semata-mata untuk mendapatkan keuntungan politik dan menarik sokongan pengundi ke arah mereka tanpa mengambil kisah hujung pangkal sesebuah isu.

Penulis yang berpeluang bertemu ibu Perdana Menteri, Tun Rahah Mohammad Noah tahun lalu terkesan dengan luahannya berkaitan harapan buat anak sulungnya itu:

“Doa lah yang paling istimewa daripada seorang ibu. Alhamdulillah semuanya berlaku de­ngan baik (walaupun) lepas satu-satu dugaan datang (buat Najib).

“(Tetapi) dalam politik memanglah, (namun) dia sabar, dia tidak panik.”

Nampaknya, sukar untuk Dr. Mahathir ‘menjinakkan’ Najib - tidak seperti mana pemimpin-pemimpin lalu yang diterjahnya begitu sahaja dalam siri yang dipaparkan sebelum ini. Siri ke-10, bahagian akhir ini ingin bertanya: “Sudah bertemu buku dengan ­ruaskah Dr. Mahathir?”

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain