Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BUANG TABIAT SELESA

PROSES meremajakan UMNO bukanlah berasaskan pada umur sebaliknya
PROSES meremajakan UMNO bukanlah berasaskan pada umur sebaliknya berkaitan soal pembaharuan pemikiran dan strategi. GAMBAR HIASAN/UTUSAN

MUKADIMAH
SESEKALI apabila Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bercakap, memang kena batang hidung pihak tertentu.

Tetapi selepas diteliti hujahnya, memang ada rasionalnya serta realistik - dengan elok juga difikir untuk dilaksanakan.

Kepada wartawan Utusan Malaysia, ZUL KIFLI JALIL , beliau yang ditemui selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di ibu negara baru-baru ini bercakap mengenai perlunya jentera parti memiliki tekad baharu dalam mengharungi cabaran getir semasa. Ini termasuklah perihal isu ‘beralih arah’ pengundi Cina.
 

UTUSAN: Apa yang jentera dan orang UMNO perlu gerakkan segera jika mahu gapai kemenangan dalam PRU-14?

MOHAMAD HASAN
MOHAMAD HASAN

MOHAMAD HASAN: Jangan lagi duduk dalam ‘kepompong lama’ mengatakan orang Melayu bergantung masa depan pada UMNO. Tidak boleh lagi cakap macam itu. Kalau dahulu selepas merdeka, betul andai­an itu sebab UMNO menjadi peneraju masa depan Melayu. Sekarang, tabiat mesti ditukar. Kalau kita tukar fikiran bahawa kita perlukan orang Melayu demi survival UMNO, maka kita kena cari orang dan menyantuni orang Melayu.

Nampak perubahankah jentera parti dalam tempoh empat tahun ini?

Perubahan ada tetapi kena cepat berubahlah kerana kalau setakat ubah 10 atau 20 peratus tak cukup. Proses peremajaan juga bukanlah berasaskan pada umur. Banyak orang kata meremajakan parti berkaitan soal umur. Kalau begitu ‘naik tocanglah’ orang muda. Sebenarnya proses ­meremajakan ini berkaitan soal pemikiran dan strategi. Tidak boleh duduk selesa sebab geopolitik sekarang tak mem­bolehkannya. UMNO ini busuk-busuk macam mana pun, banyak membawa perubahan pada negara, tak gadaikan maruah bangsa.

Tabiat yang bagaimana perlu ditukar?

Tabiat rilekslah, selesa dengan fikiran ‘sentiasa sahaja ber­kuasa’. Kalau selalu berhati-hati, terus ber­gerak, curiga ke­kuatan lawan dan pesaing, kita akan sentiasa bersiap siaga hadapi apa sahaja kemungkinan. Pemikiran dan sikap baharu ini perlu diserap jentera UMNO serta pemimpin di peringkat apa jua pun meliputi cawangan, bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri.

Tak banyak orang UMNO sebut kejayaan dan jasa UMNO kepada negara ini, asyik fokus ‘pukul’ pembangkang sahaja, mengapa?

Itulah silap kita terlalu bergerak biasa-biasa, ikut keputusan. Sekarang ini Transformasi Nasional 2050 (TN50) menjadi wawasan Barisan Nasional. Baru-baru ini ada pihak kata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tak capai apa-apa, tetapi sekarang terbukti sebalik­nya. Dalam keadaan ekonomi dunia tak menentu, pertumbuhan ekonomi kita 4.6 peratus dan suku kedua, 4.8 peratus. Malah, Malaysia dijangka mencapai pertumbuhan pada lima peratus atau lebih tahun ini berdasarkan kedudukan semasa ekonomi.

Tetapi ini tidak diuar-uarkan?

Kita tak pandai pakejkan. Banyak kata cukai barang dan perkhidmatan (GST) ini menyeksa orang. Tapi berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, dua sektor yang me­lonjakkan KDNK ialah sektor eksport dan runcit. Peruncitan bermakna orang berbelanja. Kalau tak belanja, sektor ini negatif. Tetapi melonjak. Adakah kerana GST, orang tak berbelanja?

Kenapa tidak diterangkan begitu?

Tidak dianalisis. Statistik boleh terangkan 1,001 cerita. Tapi kalau tak dikupas, ia jadi khazanah dalam kutub khanah.

Itu sebabnya Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli ‘kupasnya’ dan manipulasi angka?

Dia kata kerajaan tak cukup duit sedangkan sektor peruncitan capai dua digit. Angka tidak me­nipu, statistik adalah realiti.

Orang kata negara nak bankrap. Macam mana nak bankrap sebab eksport kita dua kali lebih banyak. Duit masuk, orang kata pelabur asing lari. Duit yang ma­suk setengah tahun pertama 2017 lebih banyak berbanding 2016. Orang kata ringgit akan ‘bungkus’ sedangkan kini 4.5, menjadi 4.2. Ringgit mengukuh tapi tak ada orang cerita. Ringgit kita terbaik prestasinya di Asia, mengukuh 60 peratus dalam tempoh enam bulan pertama. Pemimpin kita mesti berupaya bercakap tentang statistik.

Akan berulangkah kes ‘tuding jari’ terhadap pengundi Cina jika PRU-14 masih tidak menyebelahi parti kerajaan nanti?

Buat apa kata begitu. Sebalik­nya, kita mesti terus menyantuni orang Melayu. Kalau Melayu ­pecah empat, kita kalah. Satukanlah orang Melayu. Kerajaan jangan buat dasar yang sakiti mereka sebab asas kita orang Melayu.

Mengenai pengundi Cina, saya pasti mereka akan gunakan de­ngan cerdik undi dia. Sedangkan orang Melayu undi ikut emosi. Emosinya dimainkan pembangkang, maka dia terikutlah. Namun saya yakin kalau orang Cina fikir DAP tak boleh lagi menjuarai masa depan mereka, kaum itu akan kembali semula sokong kerajaan.

Maknanya jentera UMNO kena agresif, jangan masih ada duduk di bawah tempurung?

Ya, kena kerja kuatlah untuk rakyat sebab yang memenangkan dalam pilihan raya bukan orang parti tetapi pengundi. Yang jadi ahli parti cuma 3.5 juta orang. Tak mencukupkan kita menang untuk jadi kerajaan. Macam di Negeri Sembilan, UMNO ada 155,000 ahli sedangkan pengundi 595,000 orang. Kita mesti agresif tolak tohmahan. Orang cakap macam-macam tetapi kita ja­ngan defensif, mesti ofensif. Kalau kita selalu buat baik, maka sejauh mana nanti orang kata kita ini tidak baik.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain