2) Jika saya hendak bayar zakat wang simpanan di bank atau mana-mana pelaburan, jumlah wang zakat tersebut saya guna wang lain iaitu tidak mengambil atau mencabut daripada wang simpanan tersebut, apakah ini dibolehkan?
Al-Ahmadani, Kedah

UKE: "Sesungguhnya zakat-zakat itu hanya untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mualaf yang dibujuk  hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu  ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (Al-Taubah:60).

Harus diingat anak yatim tidak termasuk dalam asnaf yang berhak mendapat zakat melainkan jika anak yatim itu termasuk dalam kategori 
lapan asnaf  berhak menerima zakat.

Persoalan yang timbul ialah pemahaman tentang asnaf fi sabilillah yang menjadi perbahasan dalam kalangan ulama. Sesetengah ulama mengatakan  fi sabilillah ialah orang-orang yang berjuang dan berjihad di jalan Allah. 

Mereka mengatakan zakat tidak boleh disalurkan kepada pembangunan masjid, sekolah dan seumpamanya.

Sekiranya sekolah tahfiz misalan ada menempatkan anak yatim yang fakir miskin, maka dibolehkan untuk memberikan zakat kepada rumah anak yatim tersebut untuk diagih-agihkan kepada anak-anak yatim yang berhak mengikut asnaf zakat yang ditetapkan oleh syarak iaitu kerana mereka itu miskin, bukannya kerana anak yatim.

Zakat itu perlulah dibelanjakan untuk urusan makan, minum, pembelajaran serta keperluan harian yang lain bagi anak yatim yang fakir atau miskin tersebut. 

Saya mencadangkan agar pembangunan bangunan sekolah menggunakan wang wakaf atau sedekah supaya keluar daripada khilaf tentang asnaf fi sabilillah.

Ini kerana terdapat juga pendapat yang meluaskan makna fi sabilillah itu sendiri sehingga dapat difahami bahawa yang dimaksudkan dengan fi sabilillah itu bukanlah berperang dan berjihad semata-mata bahkan boleh diluaskan kepada pembangunan masjid, pusat tahfiz dan lain-lain. 

Suka juga saya mencadangkan agar zakat anda diserahkan kepada pihak berkuasa agama yang menguruskan zakat agar pengagihannya betul dan tersusun.
2) Jumlahkan kesemua wang anda dari semua akaun dan buatlah pengiraan zakat dan tunaikan zakat dari mana wang simpanan anda itu dan ia tidak menjadi hal.

Suami letak tangan atas bahu isteri orang 

1) Apakah hukum seorang suami bergambar berdua dengan isteri orang dengan meletakkan tangan di atas bahu perempuan itu? 
2) Makan dan minum isteri, suami yang bayar. Adakah itu dikira sebagai nafkah bulanan yang sepatut suami beri kepada isteri? 
3) Apakah hukum bermain WhatsApp dengan isteri orang sampai berkali-kali sehari? 
* Ayu, Kelantan.

UKE: 1) Nak bergambar, bergambarlah tapi janganlah sampai bergambar dengan cara yang haram dan boleh mendatangkan fitnah. 
Tidak ada sebab yang membolehkan menyentuh perempuan, kenapa perlu disentuh iaitu meletakkan tangan atas bahu perempuan lain? Lainlah kalau kemalangan, sakit atau pengsan maka perlu disentuh kerana ingin memberi bantuan maka ia haruslah. Kalau saja-saja letak tangan maka ia dilarang.
2) Termasuk dalam nafkah yang suami kena tunaikan kepada isterinya menyediakan makan minum kepada isteri.
3) Kenalah tengok isi kandungan WhatsApp. Kalau isi kandungannya haram, lucah, memaki, mengumpat, memfitnah dan segala yang haram, ia menjadi haram. 
Kalau WhatsApp kerana urusan kerja yang tidak dapat tidak kena selesaikan maka tidaklah salah menggunakan WhatsApp. Maka anda kena teliti apa isi kandungan mesej WhatsAppnya.
 Solat zohor lima rakaat 

Saya solat zohor dan semasa di rakaat ketiga saya teringat saya lupa melakukan tahiyat awal. Jadi, di rakaat ketiga saya buat tahiyat awal. Seterusnya, saya buat rakaat ketiga dan keempat. Sebelum salam, saya buat sujud sahwi. Jadi, saya buat lima rakaat. Adakah betul?
* Raziah, Kuala Lumpur.

UKE: Yang anda buat tahiyat awal semula itu kenapa? Ia bukan rukun solat. Kalau anda terlupa maka anda teruslah solat seperti biasa dan sebelum salam lakukanlah sujud sahwi. Itulah sepatutnya. Maka batallah solat anda itu dan sila qada semula solat anda.