Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bolehkah kutipan untuk gelandangan diberikan kepada anak yatim?

Bolehkah baki wang kutipan untuk golongan gelandangan diberikan kepada rumah anak yatim?

Marliza, Kuala Lumpur

UKE:
Saya ucapkan tahniah kerana usaha anda membantu golongan kurang berkeupayaan. Bukan senang nak berkorban harta dan tenaga membantu sesama manusia. Semoga Allah SWT memudahkan urusan anda.
Berkenaan wang derma untuk gelandangan itu suka saya syorkan agar teruskan membantu golongan berkenaan kerana wang derma yang dikutip khas untuk mereka. 
Untuk sumbangan anak yatim insya-Allah adalah penyumbangnya nanti. Sebagai satu bentuk amanah maka kita sempurnakanlah amanah tersebut sebaik-baiknya.

 

Pegang tong sampah jiran,  perlu samak? 

Perlukah melakukan samak kerana memegang tong sampah jiran bukan Islam yang sudah lama tidak digunakan kerana jiran itu jarang pulang ke rumah?
Melati, Melaka.

UKE:
Jika tiada air najis atau sesuatu yang menjadikan perlu disamak akibat memegangnya, buat apa hendak disamak.
Jika anda nak kaji semua benda nanti habis anda pergi samak, nanti sampai duit kertas pun kena samak sebab fikir siapa yang pegang duit itu sebelum anda pegang.
Lepas ini pula tidakkah jadi susah habis segala katil hospital dan katil hotel disamak sebab fikir siapa yang tidur. Bukankah akan jadi susah kepada kita semua. Sebab itu saya katakan tadi, jika tidak nampak adanya najis mughallazah sama ada mungkin darahnya atau najisnya atau tulangnya dan sebagainya, maka tidak perlu anda menyamaknya.

Suami fitnah isteri berzina 

Apakah hukum apabila suami memfitnah isterinya berzina dan apakah tindakan yang boleh diambil oleh si isteri?
Idah, Negeri Sembilan.

UKE:
Berat tuduhan berzina kepada orang tanpa mengemukakan empat saksi. Malah, orang yang menuduh orang berzina tanpa mengemukakan saksi boleh disebat 80 kali sebatan. 
Maka hukum berdosa besar termasuklah suami menuduh isterinya sendiri berzina. Jika berterusan menuduh si isteri tanpa menarik balik tuduhan atau tidak mahu memohon maaf maka si isteri boleh mengadukan hal itu di pejabat agama. 
Saya nasihatkan agar diadu ke pejabat agama agar suami dapat dinasihati atau diberi kaunseling. Jika dia masih berterusan menuduh maka isteri boleh mendakwa suami atas tuduhan memfitnah atau menuduh tanpa bukti.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain