Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 9 SEPTEMBER 2017

AWANG menyokong penuh saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mahu rakyat tanpa mengira kaum, ideologi politik dan agama menyokong usul supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membawa isu Rohingya kepada perhatian Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam pertemuan antara kedua-dua pemimpin pada 12 September ini.

Sememangnya, ia langkah paling tepat untuk menyampaikan mesej kepada kuasa besar dunia itu supaya tidak mendiamkan diri terhadap kebiadaban, keganasan dan kekejaman yang sedang dilakukan oleh tentera Myanmar ke atas umat Islam negara itu.

Seperti mana kata Ahmad Zahid, apa yang berlaku di Myanmar itu bukannya isu agama tetapi krisis kemanusiaan yang memerlukan sokongan semua pihak untuk memperjuangkannya. Awang yakin tidak ada mana-mana kaum atau agama yang boleh menerima keganasan seumpama itu.

Justeru Awang berharap semua pihak tidak kira ideologi politik dan agama bersatu atas nama rakyat Malaysia untuk menyokong usaha Perdana Menteri membawa usul kekejaman tentera Myanmar itu kepada pentadbiran AS.

Ini memandangkan keganasan yang berlaku harus dihentikan dan sebagai kuasa besar dunia sudah pasti AS boleh melakukan sesuatu bagi tujuan tersebut. Walaupun kita tidak tahu hasilnya melalui usul yang dibawa, tetapi sekurang-kurangnya ia boleh memberi isyarat berhubung ketegasan rakyat Malaysia dalam menentang sebarang bentuk keganasan.

AWANG – Sokong.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain