Kebiasaannya, banyak sampah perlu dibuang di samping lumpur dan peralatan rumah yang rosak. Semuanya ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja sehingga menimbulkan masalah lain.

Pada masa sama, penduduk juga harus berwaspada de­ngan keadaan cuaca yang masih tidak menentu. Kemungkinan gelombang kedua dan ketiga banjir akan berlaku kerana ramalan Jabatan Meteorologi menunjukkan hujan dijangka berlarutan sehingga penghujung bulan ini.

Gelombang kedua dan ketiga ini disebabkan proses pertukaran monsun. Bagi tujuan ini, sentiasalah mengikuti maklumat daripada sumber yang sah untuk mengetahui keadaan semasa cuaca. Semua pihak harus bersiap siaga supaya jika berulang lagi, segala gerak kerja dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun.

Awang percaya pengalaman yang berlaku sebelum ini dapat dijadikan panduan. Jika semuanya dalam keadaan bersedia, situa­si akan bertambah baik berbanding sebelum ini. Semua jabatan atau agensi kerajaan sama ada di peringkat negeri atau pusat harus meningkatkan tahap siap siaga mereka bagi memudahkan urusan membantu kumpulan sasaran.

AWANG – Sentiasa waspada.