Kepada para pengundi, jangan hanya memikirkan diri sendiri sahaja sebaliknya kepentingan rakyat seluruhnya. Buatlah pemi­lihan dengan teliti dan tepat secara rasional bukannya emosional.

Masa depan negara bergantung kepada kebijaksanaan pengundi. Sepanjang 11 hari lalu, para pengundi sudah dihidangkan de­ngan pelbagai isu termasuk yang menggunakan fakta yang sahih atau sekadar auta. Ada yang bertanding hanya mahu mengejar impian peribadi atau dendam akibat perasaan benci.

Pemilihan juga harus berdasarkan manifesto yang dibentangkan bukan hanya kerana peribadi calon. Nilailah sama ada dasar atau manifesto parti yang bertanding mampu dilaksanakan se­perti yang terbukti pada masa lalu. Telitilah sama ada apa yang terkandung sekadar janji politik untuk mengumpan pengundi.

Awang mendoakan para pengundi dapat melangkah ke pusat pengundian dengan perasaan tenang. Jangan terpengaruh de­ngan pelbagai bentuk laporan negatif atau andaian termasuk mengenai kemenangan parti, keselamatan dan sebagainya. Patuhilah peraturan yang ditetapkan. Ingatlah PRU bukan satu permainan. Satu undi mampu mengubah hala tuju dan masa depan negara.

AWANG - Keluar awal ke pusat mengundi.