Lebih membimbangkan apabila perangkaan menunjukkan separuh daripada penjawat awam yang terbabit rasuah adalah mereka yang di bawah umur 40 tahun. Mungkinkah gaya hidup orang muda sedikit sebanyak mempengaruhi perlakuan rasuah lebih-lebih lagi apabila diberi kuasa?

Dalam kalangan orang muda ini, mereka dikesan setelah mempamerkan ‘kehidupan mewah’ yang tidak setara dengan pendapatan. Tidak dinafikan, rasuah juga berlaku dalam kalang­an kakitangan sektor swasta tetapi mereka mungkin bijak me­nyembunyikan kemewahan atau memang sudah tanggapan awam, pekerja swasta menikmati ganjaran yang lebih baik.

Sudah lumrah, gejala rasuah yang melibatkan kakitangan awam sering menjadi perhatian, menyebabkan imej kerajaan terjejas. Pentadbiran awam sering dipandang serong. Maka semua pihak perlu memandang serius salah laku ini.

Awang berharap, tindakan agresif SPRM sejak kebelakangan ini dapat membendung gejala rasuah. Semoga sasaran untuk membersihkan perkhidmatan awam daripada rasuah dalam tempoh tiga tahun akan tercapai. Apa yang penting semua pihak perlu ber­usaha ke arah itu. Rasuah tidak akan wujud tanpa pemberi dan penerima.

AWANG - Lebih bimbang kuasa.