Sepatutnya sebagai barisan pembangkang yang sering men­dabik dada sebagai pejuang kebenaran dan penegak demokrasi, mereka perlu menyokong langkah tersebut tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Tindakan mereka membantah dan memandang serong usa­ha kerajaan itu seolah-olah menggambarkan Pakatan Harapan bimbang akan kehilangan modal penting untuk mencari kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Dalam zaman ledakan teknologi maklumat yang menggila ketika ini, kerajaan terpaksa mengambil tindakan untuk mengekang sebarang elemen yang boleh menjejaskan kestabilan politik dan keselamatan negara. Salah satu ancamannya ialah berita palsu.

Oleh itu, jika Pakatan Harapan tidak ada apa-apa agenda tersirat, sokonglah penggubalan undang-undang tersebut bukannya menggelabah tidak tentu pasal. Berpeganglah kepada fakta dan kebenaran untuk meraih kemenangan bukannya bergantung kepada fitnah, tohmahan dan berita palsu bagi mencapai kejayaan kerana itu hanya dilakukan kelompok ahli politik yang pengecut.

AWANG - Melaporkan kebenaran.