Tindakan itu bukan sahaja mendapat bantahan umat Islam di Malaysia tetapi juga seluruh dunia serta kebanyakan negara di Eropah, Asia dan Amerika Latin. Perhimpunan solidariti juga diadakan bagi membantah tindakan AS yang dianggap amat bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan hak kemanusiaan rakyat Palestin.

Dunia harus menerima hakikat bahawa bumi Palestin adalah hak milik orang Islam selamanya. Di situlah kiblat pertama umat Islam. Jus­teru, tindakan AS itu amat mengguris perasaan umat Islam dan memerlukan satu tindakan menyeluruh. Umat Islam perlu menunjukkan perpaduan dalam usaha mempertahankan kesucian Baitulmuqaddis.

Awang percaya selagi umat Islam berpecah belah, segala bentuk bantahan tidak akan dipedulikan. Demi keamanan, dunia perlu menolak sama sekali hasrat AS itu. Ingatlah, penjajahan Palestin adalah isu umat Islam sejagat dan jenayah kemanusiaan yang perlu dihentikan.

Tindakan provokasi AS ini bakal mencetuskan keadaan tidak aman. Tidak dapat dibayangkan apa akan terjadi jika AS terus berdegil.

AWANG – Sertai solat hajat di PWTC.