Oleh itu, Awang berpendapat sudah sampai masanya Malaysia melakukan sesuatu termasuklah mengkaji semula hubungan diplomatik dengan negara tersebut. Mungkin cadangan ini nampak keterlaluan, tetapi soalnya apa lagi pilihan yang kita ada?

Ini memandangkan dunia sedang menyaksikan satu tindakan penghapusan etnik secara terancang. Sekadar amaran dan memberi kenyataan ia tidak akan mampu menyelesaikan masalah. Kerajaan Myanmar perlu diajar untuk memahami erti perikemanusiaan.

Apa yang berlaku di Myanmar bukan lagi masalah dalaman negara itu sebaliknya boleh memberi kesan kepada keselamatan rantau ASEAN. Oleh itu, Malaysia perlu melakukan tindakan lebih drastik sebagai amaran kepada Myanmar.

Awang yakin rakyat negara ini akan bersama kerajaan dalam soal memperjuangkan nasib umat Islam Rohingya kerana hanya manusia tidak bertamadun sahaja yang akan menyokong pembunuhan yang sedang dilakukan oleh tentera Myanmar itu.

AWANG - Geram dan sedih.