Masing-masing mempunyai hujah sama ada mempertahankan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) atau menerima SST. Rakyat mungkin keliru mendengar hujah-hujah ini untuk mencari siapa yang benar atau yang mana satu lebih baik.

Bagaimanapun akhirnya rakyat amat mengharapkan SST tidak membebankan mereka. Maksudnya tidak berlaku kenaikan harga. Buktikan bahawa SST bukan sekadar memenuhi janji manifesto Pakatan Harapan sebaliknya untuk meringankan beban rakyat.

Tidak ada makna GST dihapuskan tetapi rakyat tetap menanggung beban. Tidak dinafikan GST dan SST mempunyai kebaikan dan kelemahan tetapi jalan keluar adalah untuk menambah baik dan mengurangkan kelemahan. Biarlah keputusan kali ini tepat.

Rak­yat berhak mendapat manfaat. Harapan mereka untuk mengurangkan kos sara hidup.

Awang percaya, sama ada SST atau GST, apa yang perlu diberi perhatian ialah pemantauan dan penguatkuasaan. Jangan memberi ruang kepada peniaga memanipulasi harga untuk mengaut keuntungan. Peraturan atau undang-undang tidak akan berkesan sekiranya wujud pihak yang sentiasa mementingkan diri sendiri.

AWANG - Pantau harga barang.