Apa yang penting matlamat untuk mencari undi sudah tercapai terutama dalam kalangan penyokong-penyokongnya. Permohonan maaf selepas kebiadaban itu adalah satu perkara biasa. Mesej kepada penyokong sampai dan memohon maaf perkara kedua.

Kenyataan itu sebenarnya mempamerkan muslihat sebenar DAP menerima Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai rakan kerjasama dalam politik. Bekas Perdana Menteri yang pernah dimusuhi DAP itu hanya diperalatkan untuk memenuhi impian dan harapan parti memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini.

DAP sanggup melupakan apa sahaja termasuk ‘memaafkan’ musuh politiknya dan menggadaikan ‘roket’ untuk menghadapi PRU-14. Namun akibat ketelanjuran, rakyat kini tahu motif sebenar kerjasama itu. Jangan tertipu dengan sandiwara politik ini.

Awang berharap, rakyat khususnya para pengundi sedar apakah pemimpin sebegini yang menjadi harapan untuk mengubah masa depan negara? Mampukah pemimpin yang hanya pentingkan kuasa melahirkan generasi beradab? Jangan benarkan pemimpin sebegini merosakkan perpaduan dan sikap saling hormat menghormati dalam kalangan masyarakat kita.

AWANG – Pilih adab, bukan biadab.