Adakah jika pembangkang berkuasa, tidak akan berlaku naik turun harga minyak? Lebih mendukacitakan apabila harga minyak naik, pelbagai reaksi diberikan yang semuanya terarah kepada keburukan kerajaan. Apabila harga turun, tidak ramai pula yang memuji. Diam seribu bahasa.

Sikap sebegini menjadi ikutan masyarakat yang turut memberi reaksi negatif apabila berlaku kenaikan. Mereka tidak berkata apa-apa sekiranya harga turun. Begitulah realiti pada hari ini iaitu lebih gemar mengecam dan mengkritik.

Sikap serba tidak kena yang ditunjukkan oleh pembangkang ini jelas menunjukkan mereka menggunakan isu untuk kepen­tingan politik. Tidak mengejutkan apabila terkena batang hidung sendiri, masih ada yang menuding jari mencari salah kerajaan.

Awang berharap jadilah pembangkang yang lebih adil dan kritik secara membina. Sikap ‘tidak menghargai’ sesuatu kebaikan ini bukan sahaja melibatkan tindak-tanduk kerajaan tetapi juga sesama pembangkang. Jika ketika bersahabat semuanya baik tetapi apabila sudah bergaduh, semuanya buruk. Lihat sahaja reaksi DAP khususnya apabila Pas meninggalkan pakatan pembangkang.

AWANG - Cakap salah, tak cakap salah.