Ini diakui oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang memaklumkan bahawa menurut rekod menerusi program pe­ngurusan kredit (DMP) agensi itu, sebanyak 65 peratus yang mempunyai masalah kewangan adalah lelaki. Dalam pada itu, walaupun wanita banyak menggunakan kad kredit, rekod turut menunjukkan bahawa kebanyakan mereka boleh melunaskan hutang kredit ber­kenaan tanpa masalah.

Awang tahu ramai mengaitkan nafsu besar wanita dalam berbe­lanja dengan pembaziran sekali gus melakukan perbelanjaan yang tidak berhemah. Pun begitu, beberapa fakta menunjukkan golongan ini mampu berbuat demikian dan ini sebenarnya satu perkembangan positif. Wanita di negara ini mempunyai kuasa beli yang tinggi dan taraf serta kualiti hidup mereka dalam masyarakat turut mening­kat.

Pun begitu, walaupun mempunyai kemampuan kewangan, Awang berharap agar golongan wanita tetap beringat dalam ­berbelanja. Dalam suasana ekonomi yang tidak menentu, berbelanja secara sederhana adalah tindakan terbaik. Masa depan juga penuh dengan risiko yang tidak boleh dijangka. Sediakan payung sebelum hujan. Ini termasuklah menabung untuk hari tua.

AWANG – Kawal perbelanjaan.