Apa yang mereka lakukan sudah melampaui batas dan mencabar kewibawaan pihak berkuasa. Ia kerana bukan sahaja kemusnahan harta benda dilakukan tetapi mereka juga sudah berani menceroboh kawasan larangan.

Lebih meresahkan kita ialah kenyataan Timbalan Ketua Pe­ngarah (Operasi) JPJ, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman yang tidak menolak kemungkinan kebakaran itu mempunyai kaitan dengan sindiket klon kereta.

Keberanian luar biasa yang mencabar penguat kuasa dengan tindakan ganas seumpama itu tidak boleh dibiarkan. Siasatan menyeluruh perlu dilaksanakan. Kalau perlu menubuhkan pasukan khas, polis perlu melakukannya kerana kita tidak boleh membiarkan tindak balas seumpama itu.

Bagaimanapun, Awang sentiasa yakin dengan kewibawaan dan kemampuan polis untuk menyelesaikan kes tersebut. Sejarah sudah membuktikan kebolehan pasukan berkenaan. Begitu juga dalam kes ini, Awang yakin polis kita pasti mampu mengenal pasti siapa dalang perbuatan khianat berkenaan.

AWANG - Tunggu hasil siasatan.