Awang pun tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku sehingga begitu rendah sekali hibah diberikan kepada pendeposit Tabung Haji. Banyak maklumat diterima dan banyak hujah ditampilkan pelbagai pihak termasuk pakar kewangan melalui media serta laman sosial.

Justeru Awang bersetuju dengan saranan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob supaya Tabung Haji memberi penjelasan teliti kepada rakyat mengenai pengagihan itu bagi mengelak andaian negatif.

Pada pandangan Awang, penjelasan itu janganlah berunsur atau berbaur politik sebaliknya pembentangan fakta yang boleh difahami rakyat. Tidak perlu dalam mana-mana kenyataan berulang kali menyalah kerajaan terdahulu kerana rakyat sudah muak dengan alasan seumpama itu.

Kalau betul bermasalah, bentang secara telus, biar rakyat menilai. Bentang langkah penyelesaian bagi mengembali keyakinan pendeposit kepada agensi itu. Yang pasti hiruk pikuk isu hibah perlu ditamatkan kerana bimbang ia memberi kesan buruk kepada satu institusi yang cukup dekat dengan umat Islam tersebut.

Awang – Dengar banyak cerita.