Pencerobohan mungkin sukar dilakukan tanpa kerjasama ‘orang dalam’ serta ‘orang tengah’ yang boleh melindungi nelayan-nelayan asing ini. Amat malang apabila penjawat awam yang diamanahkan untuk menguatkuasakan undang-undang terlibat dengan ‘pencerobohan’ ini.

Nelayan-nelayan asing sanggup mengambil risiko menceroboh kerana hasil tangkapan yang lumayan. Ketika anggota sindiket me­ngaut keuntungan mudah, hasil laut negara dikaut secara ha­ram.

Dianggarkan setiap tahun, pencerobohan mengakibatkan ketirisan hasil laut bernilai RM3 bilion hingga RM6 bilion.

Ini satu jumlah yang besar dan merugikan nelayan-nelayan tempatan yang terdiri daripada rakyat Malaysia. APMM dan Jabatan Perikanan perlu bertindak lebih tegas berhubung penglibatan kakitangan mereka dalam sindiket seumpama ini.

Awang juga berharap Sahabat Maritim yang diwujudkan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk persatuan nelayan dapat membantu membanteras aktiviti pencerobohan. Nelayan-nelayan tempatan harus menjadi ‘radar manusia’ untuk melaporkan aktiviti yang tidak diingini di perairan negara.

AWANG – Teropong dari darat.