Jelaslah ba­ginda begitu prihatin dengan kontrak sosial yang telah dipersetujui. Bagaimanapun selepas pilihan raya umum (PRU) yang lalu, terdapat keresahan dalam kalangan masyarakat Melayu dan Islam apabila ada tindak tanduk yang cuba ‘mengganggu’ apa yang sudah disepakati.

Dalam hal ini, kerajaan turut berperanan mempertahankan apa yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Perkara berkaitan Raja-raja Melayu, agama Islam, bahasa Kebangsaan, hak istimewa Melayu dan bumiputera serta kepentingan kaum lain harus diberi perhatian.

Adalah tidak wajar perkara berkenaan dijadikan perdebatan yang akhirnya mengundang suasana tidak harmoni. Jangan pula cepat menghukum rasis atau perkauman jika ada kelompok yang bersuara mempertahankan perkara-perkara asas itu.

Awang juga ingin menarik perhatian berhubung titah ba­ginda yang mahu kerajaan membalas balik keyakinan rakyat yang diberikan semasa PRU. Harapan serta amanah rakyat ja­ngan diabaikan kerana majoriti pengundi berani mengambil risiko menukar kerajaan. Rakyat mengharapkan perubahan kerajaan itu menjanjikan kehidupan yang lebih baik.

AWANG - Pertahan agama, bangsa, tanah air.