Selain barangan atau makanan, majlis berkenaan mewujudkan jawatankuasa berkaitan kluster perumahan, pendidikan, pe­ng­angkutan, utiliti dan kesihatan. Semua bidang ini meliputi kehidupan seharian rakyat sama ada di bandar atau luar bandar.

Hakikatnya dalam menangani kos sara hidup, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah dalam bidang-bidang yang berkaitan walaupun ia tidak mampu menyelesaikan kesemuanya dalam masa singkat. Sekurang-kurangnya beberapa tindakan yang diambil dapat membantu meringankan beban rakyat.

Contohnya, berhubung kenaikan harga barang, kerajaan mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 serta Jualan Sentuhan Rakyat. Apa yang perlu dilakukan ialah pemantauan supaya program seumpama ini berterusan. Begitu juga Program Perumahan Rakyat 1Malaysia yang membantu rakyat memiliki rumah.

Awang percaya banyak lagi yang akan dilakukan bagi mengurangkan beban rakyat. Dalam isu pengangkutan, kerajaan memperkenalkan MRT, kad diskaun, bas percuma dan penghapusan tol di kawasan tertentu. Pelbagai insentif juga diambil berhubung kluster lain. Bagi mengurangkan kos yang ditanggung, rakyat juga harus bersedia menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.

AWANG – Ubah gaya hidup.