Ahmad Zahid mengumumkan kerajaan meluluskan sebanyak RM800 juta untuk melaksanakan dua projek penyelesaian jangka panjang masalah banjir di Kelantan manakala Hishammuddin pula memberi jaminan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membaik pulih rumah mangsa yang rosak akibat banjir di bawah program Jiwa Murni.

Kenyataan kedua-dua pemimpin tersebut membuktikan keprihatinan Pusat berhubung masalah banjir di Terengganu dan Kelantan serta berusaha apa sahaja bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana berkenaan.

Bantuan dan peruntukan diberikan tanpa mengira sama ada sesebuah negeri itu dikuasai oleh kerajaan mahupun pembangkang kerana apa yang lebih diutamakan membela nasib rakyat.

Awang berharap apa yang diumumkan oleh Ahmad Zahid dan Hi­shammuddin akan memberi manfaat kepada penduduk kedua-dua negeri yang saban tahun terpaksa mengharungi bencana banjir.

AWANG – Doakan keselamatan penduduk.