Khabarnya harga pasaran adalah RM500,000 berbanding tawaran untuk kakitangan awam RM150,000 hingga RM300,000. Memang sukar untuk mendapatkan harga seperti ditawarkan.

Sasaran PPA1M adalah membina 200,000 unit dan daripada jumlah itu, sebanyak 135,456 unit melibatkan 433 projek telah diluluskan. Diharapkan lebih ramai yang mendapat peluang ini de­ngan matlamat setiap kakitangan awam memiliki rumah sendiri.

Berdasarkan keistimewaan untuk kakitangan awam memiliki rumah sendiri, mereka perlu memanfaatkan kemudahan yang ada supaya tidak selamanya menyewa atau tinggal di kuarters sehingga pencen. Tidak dinafikan, atas faktor harga, memang sukar bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah sendiri tanpa pendekatan atau usaha kerajaan .

Awang percaya berdasarkan kejayaan konsep kaedah subsidi bersilang, PPA1M boleh diperluaskan. Kaedah pembinaan 60:40 ini tidak menggunakan peruntukan kerajaan kerana 60 peratus keluasan tanah akan dibina PPA1M dan bakinya, pemaju boleh membina rumah mengikut harga pasaran. Semoga lebih ramai kakitangan awam mendapat manfaatnya.

AWANG - Bersyukur dapat beli rumah.