Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 7 APRIL 2017

AWANG menyokong keputusan kerajaan menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau Akta 164.

Ia adalah langkah yang tepat bagi mengelakkan rang undang-undang itu tidak terus menjadi polemik, apatah lagi seperti mana dikatakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan hukum syarak serta dianggap memperlekeh Islam.

Justeru tidak perlu ada mana-mana pihak mahu menjadi hero dengan mengkritik keputusan penangguhan tersebut. Ini memandangkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahidi Hamidi sudah menyatakan apa yang dilakukan bertujuan bagi mengelakkan ia membawa kemudaratan kepada negara secara keseluruhan.

Selain itu, Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan sudah bersuara maka hormatilah pandangan jawatankuasa berkenaan. Jika tidak selepas ini mungkin orang akan memandang ringan apa juga keputusan majlis tersebut.

Apapun, bagi Awang tiada apa yang lebih penting, selain kerajaan memastikan agama Islam terpelihara dan keharmonian kaum serta agama di negara ini tidak digugat disebabkan satu tindakan yang boleh kita elakkan.

AWANG - Sokong.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain