Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 6 SEPTEMBER 2017

Awang teruja dengan ‘salam persahabatan’ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap agensi penguat kuasa terutamanya polis. Banyak maksud tersirat apabila SPRM membuat gesaan agar skim gaji dan kebajikan anggota dan pegawai agensi penguat kuasa dikaji semula.

Gesaan seperti itu mempunyai seribu makna terutama semasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat ketua baharu, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun.

SPRM tentu sahaja tahu apa yang sedang berlaku dalam PDRM sekarang. Awang pun banyak mendengar cerita belakang tabir. Beberapa tindakan disiplin baru-baru ini termasuk rombakan membayangkan kesungguhan PDRM untuk membuang nila setitik dalam pasukan itu.

Sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman sebelum ini, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun pun pastinya mempunyai banyak maklumat tentang aktiviti gelap dalam pasukan itu. Dengan bantuan SPRM, inilah waktu terbaik untuk membersihkan pasukan itu daripada segelintir anggota dan pegawai yang khia­nat.

Awang pun dapat rasakan nampaknya SPRM masih mahu memberi peluang kepada penguat kuasa agar segera berhenti melakukan apa juga perbuatan yang mempunyai kaitan dengan rasuah dan salah guna kuasa. Dengan kata lain, gesaan SPRM itu juga berupa amaran.

AWANG - Banteras bersama.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain