Selepas satu demi satu tangkapan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), masih ada penjawat awam yang berani melakukan perbuatan khianat itu.

Terbaru penyelewengan dana program kebajikan sebuah kementerian yang menyalurkan bantuan di Sabah. Jumlahnya jutaan ringgit.

Maka, Awang boleh menyimpulkan bahawa perlakuan rasuah dalam kalangan penjawat awam masih serius. Jumlahnya Awang percaya kecil tetapi merekalah yang merosakkan sistem dan mema­litkan nama buruk kepada kerajaan.

Kumpulan penjawat awam yang sanggup menyeleweng ini perlu dinyahkan segera daripada perkhidmatan. Tiada tolak ansur atau tawar menawar. Jangan bebankan diri menanggung penjawat awam seperti ini.

Mereka adalah duri dalam daging. Mereka adalah peng­khianat negara. Sebab mereka negara ini boleh hancur. Kumpulan penjawat awam seperti ini mesti dibenci.

AWANG – Tidak larat dengar cerita rasuah penjawat awam.