Kemenangan itu memberi laluan mudah kepada Anwar untuk diangkat sebagai Perdana Menteri. Beliau mendapat kelebihan apabila namanya dicadangkan oleh penyandang jawatan itu, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Sama ada Anwar akan diberikan jawatan Perdana Menteri dua tahun dari sekarang terserahlah kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Bagaimanapun, jika berpegang kepada janji yang dibuat, jawatan itu akan menjadi milik Anwar.

Kini tumpuan kepada jawatan Timbalan Presiden yang disandang oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Sahlah Azmin akan dicabar oleh Naib Presiden, Rafizi Ramli yang banyak memainkan peranan untuk membantu kemenangan Pakatan Harapan (PH).

Siapakah pilihan anggota PKR? Azmin atau Rafizi? Masing-masing mempunyai kekuatan dan pengikut masing-masing.

Awang melihat perebutan ini mewujudkan dua kem dalam PKR apabila sejak awal lagi Rafizi menyenaraikan lapan regunya dalam pasukan 20 tahun gerakan reformasi. Sama ada kebetulan atau tidak, semua regunya mengesahkan pencalonan masing-masing termasuk bagi pimpinan Wanita dan Pemuda.

AWANG - Tunggu senarai akhir 16 Ogos.