Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 6 MAC 2017

AWANG sependapat dengan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Zainal Rahim Seman bahawa penjawat awam perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berintegriti. Mereka tidak boleh patah semangat atau kecewa dengan pembongkaran kes rasuah melibatkan kakitangan awam di pelbagai peringkat.

Anggaplah pembongkaran kes rasu­ah itu sebagai peringatan untuk mereka lebih berhati-hati semasa melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Ingatlah, tindakan Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) itu adalah bagi memastikan sektor awam bersih dan bebas daripada kegiatan tidak bermoral.

Langkah ini bukan bertujuan menjatuhkan imej jabatan atau kakitangan awam tetapi bagi memperbetulkan tanggapan serong terhadap penjawat awam. Memang sukar untuk mematahkan tanggapan orang ramai terhadap kakitangan awam lebih-lebih lagi ketika satu persatu kes melibatkan penjawat awam dibongkar. Jika kita tidak bermula hari ini, bila lagi mahu mencegahnya.

Pembongkaran melibatkan kes lama atau baharu perlu dijadikan panduan untuk kakitangan awam bekerja secara telus, amanah serta bertanggungjawab.

Awang percaya, tindakan yang dilakukan oleh SPRM akan turut memberi pengajaran kepada pihak atasan untuk memperbaiki sebarang kelemahan sehingga integriti tergadai. Pastikan prosedur kerja dipatuhi. Selidiki punca yang menyebabkan gejala rasuah berlaku dalam pelbagai urusan. Integriti juga bukan terhad kepada penolakan rasuah tetapi juga berkaitan kerja keseluruhannya.

AWANG – Sentiasa ingat integriti

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain