Hentikanlah sebarang usaha atau tindak tanduk yang menjurus ke arah menafikan pelantikan Menteri Besar itu. Cukuplah de­ngan apa yang berlaku selepas istiadat pelantikan di Istana Arau pada 24 Mei lepas. Terlalu banyak masa terbuang bagi mengge­rakkan jentera pentadbiran di negeri itu.

Hormati dan akurlah dengan titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. Ketepikan kepentingan peribadi atau puak sebaliknya keutamaan kepada parti yang diberi mandat memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 itu.

Sekarang adalah masa untuk be­kerja dan berkhidmat untuk kepentingan rakyat. Hargailah sokongan majoriti rakyat kepada BN. Semua ADUN terutama yang akan dilantik sebagai Exco juga perlu memberi sokongan penuh kepada Azlan.

Awang percaya dengan sokongan padu itu pentadbiran negeri dapat berjalan dengan lancar. Harus diingat bahawa situasi pada hari ini adalah lebih sukar kerana Perlis menjadi negeri ‘pembangkang’ disebabkan pentadbiran pusat diterajui Pakatan Harapan. Justeru, berilah kepercayaan dan sokongan kepada Azlan bagi meneruskan agenda pembangunan negeri.

AWANG - Akur dengan perubahan.