Sejak tahun lalu, apabila ringgit menunjukkan penurunan ba­nyak orang marah-marah. Mereka memperlekehkan ringgit sebagai mata wang yang tidak laku di pasaran.

Ada pihak pula mengambil kesempatan dengan mempolitikkan kelemahan ringgit. Lantas mereka mengaitkan de­ngan kepemimpinan negara yang tidak cekap sedangkan faktor utamanya ialah kedudukan harga minyak mentah dunia.

Cerita ringgit kononnya tidak diterima di banyak negara sama ada untuk membeli barangan mahupun ditukar di pengurup wang menjadi topik utama. Begitu juga apabila ada yang terpaksa menanggung anak belajar di luar negara.

Hari ini kita seperti sudah terbiasa dengan keadaan itu. Dan, tentulah melegakan banyak pihak apabila ringgit mulai menunjukkan tanda-tanda mengukuh. Banyak pihak meramalkan ringgit bakal kekal di bawah RM4.00 berbanding dolar AS pada tahun ini.

AWANG – Optimis dengan ringgit.