Memang tepat ingatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa rakyat akan kecewa jika penjawat awam bersikap sambil lewa, gagal menyelesaikan masalah atau terlalu banyak kerenah ketika berurusan.

Jangan ada dalam kalangan penjawat awam yang dengan se­ngaja cuba menimbulkan kemarahan rakyat apabila urusan yang mudah dirumitkan. Bukanlah sesuatu yang mustahil disebabkan fahaman politik berbeza, ada penjawat awam yang tidak peduli dengan tindak tanduk yang memburukkan kredibiliti kerajaan.

Penjawat awam atau juga swasta harus menjaga imej orga­nisasi yang telah memberi mereka rezeki. Sebarang pertikaian mengenai sesuatu isu perlu disalurkan secara berhemah, bukannya dengan sengaja cuba mencari kesilapan.

Awang tidak menolak kemungkinan menjelang pilihan raya umum, pelbagai isu berkaitan peranan dan tanggungjawab kerajaan akan muncul. Keburukan dan kelemahan akan ditonjolkan. Dalam hubungan ini, penjawat awam yang berkaitan perlu menjelaskan situasi sebenar, bukan bertindak seperti mencurah mi­nyak ke dalam api. Sebagai ‘tulang belakang’ mereka lebih dekat dengan kerajaan dan tahu perkara yang sebenar.

AWANG – Jaga imej organisasi.