Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 6 DISEMBER 2016

AWANG mengunjungi tapak Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 sehari sebelum ia bermula pada 1 Disember lalu. Selepas melawat beberapa lokasi pameran, ternyata MAHA mampu menarik kunjungan ramai. Andaian itu tepat. Sehingga semalam, lebih 1.5 juta mengunjunginya. Khabarnya pada Ahad lalu, ada yang berpatah balik disebabkan keadaan sesak.

Sebenarnya banyak produk berkaitan pertanian, penternakan dan perikanan yang boleh dilihat dan dipelajari di MAHA. Ia bukan sekadar pameran pertanian tetapi turut melibatkan penggunaan teknologi bagi meningkatkan hasil sektor itu.

Sesuai dengan temanya Makanan Kita, Masa Depan Kita, pameran ini dapat menyedarkan pengunjung mengenai kepentingan pertanian. Keperihatinan masyarakat hari ini juga akan menentukan masa depan sektor pertanian. Pelbagai teknologi yang diperkenalkan boleh mendidik masyarakat untuk mendekati pertanian walaupun di kawasan bandar.

Justeru. Awang mengalu-ngalukan hasrat kerajaan memperkenalkan konsep pertanian bandar di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) tahun depan. Banyak kaedah boleh digunakan untuk menanam sayur-sayuran tanpa tanah.

Bahan terbuang seperti botol plastik boleh dijadikan pasu untuk menanam sayur-sayuran dan ulaman. Mungkin ia lebih berfaedah daripada menghiasi rumah dengan bunga plastik.

AWANG - Nak tanam durian dalam pasu

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain