Pengalaman beliau menunjukkan, ada makanan yang dihidang­kan tidak disentuh. Sudah tentu, ini satu pembaziran. Bukanlah bermaksud tidak boleh tetapi hidangan biarlah mengikut ka­edah, keadaan, masa serta kuantiti makanan. Jika dulu makanan secara bufet, bertukarlah kepada nasi bungkus atau nasi campur.

Di samping mengelakkan pembaziran, sudah tentu langkah itu dapat menjimatkan perbelanjaan mesyuarat. Justeru mereka yang menguruskan mesyuarat harus memastikan makanan tidak dibazirkan serta berlaku penjimaan kos.

Beberapa kementerian telah mengamalkan konsep ini dan agensi-agensi lain digalakkan untuk berbuat demikian. Tidak perlu menunggu arahan atau pekeliling bagi melaksanakannya. Biarlah kesedaran itu timbul dalam kalangan penjawat awam sendiri untuk mengelakkan pembaziran termasuk di rumah.

Awang berharap, semua pihak mengambil peringatan ini. Sedarlah bahawa di Malaysia, sebanyak 3,000 tan metrik makanan bernilai RM6juta yang masih elok dibuang setiap hari di tapak pelupusan sampah. Hakikatnya, sisa ini boleh menyediakan makanan tiga kali sehari untuk kira-kira dua juta penduduk. Insaflah.

AWANG – Masih hidang teh O