Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 5 SEPTEMBER 2017

KEKEJAMAN yang dilakukan oleh tentera Myanmar ke atas umat Islam Rohingya melampaui batas. Malah tidak keterlaluan kalau kita menyatakan apa yang sedang berlaku di negara itu tiada bezanya dengan penghapusan etnik di Bosnia Herzegovina suatu masa dahulu.

Persoalannya, sampai bilakah kita harus melihat sahaja umat Islam Rohingya dibunuh dan diusir serta dilayan bagaikan haiwan di tanah air sendiri. Apakah terlalu besar dosa mereka sehingga layak dilayan sedemikian rupa?

Awang tertanya-tanya apakah kerana mereka beragama Islam, maka seolah-olah dunia tidak mempedulikannya? Memang benar ada negara Islam yang bersuara seperti mana ditunjukkan oleh Malaysia tetapi kuatkah suara kita? Bagaimana dengan negara Islam lain?

Justeru, Awang berpendapat biarlah Malaysia dilihat bersuara sendirian. Apa yang penting kita menunjukkan ketegasan dalam memastikan tentera Myanmar tidak terus menyembelih umat Islam Rohingya.

Kepada seluruh umat Islam Malaysia, marilah bangkit bersama-sama ketepikan perbezaan, satukan hati kita demi membela saudara-saudara kita di Rohingya. Jangan biarkan mereka terus ditindas hanya kerana mereka beragama Islam.

AWANG – Benci kekejaman.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain