Unjuran terbaharu pertumbuhan yang dibuat oleh Bank Dunia ini sudah tentu bukan tafsiran atas angin bermotifkan kepenti­ngan tertentu. Ini semua berdasarkan kajian badan antarabangsa itu dan realiti yang berlaku di Malaysia serta global.

Unjuran ini dan disusuli angka sebenar juga tentunya tidak berlaku begitu sahaja. Sudah tentu ini merupakan ukuran bahawa usaha transformasi yang dilakukan kerajaan sekarang berada pada landasan yang betul.

Dalam ketidaktentuan ekonomi global dan harga minyak yang masih di paras rendah, pencapaian ekonomi Malaysia mengatasi unjuran asal sekaligus menafikan dakwaan politikus pembangkang yang dijaja di serata dunia bahawa Malaysia negara gagal.

Ini juga jauh daripada tuduhan yang sejak sekian lama dijaja oleh kumpulan yang sama bahawa Malaysia dipimpin oleh pe­rompak harta negara. Hakikatnya merekalah yang sebenarnya sedang menggadai dan mensabotaj negara. Kebenaran itu ak­hirnya muncul.

AWANG – Melihat realiti.