Memang sukar bagi kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab ini tetapi dengan sokongan sektor swasta, lebih banyak rumah mampu milik dapat dibina. Kerajaan juga perlu memastikan harga rumah yang akan dibina mampu dibeli. Mungkin kenaikan kos bahan binaan dijangka mempengaruhi harga kediaman pada masa hadapan.

Bagaimanapun kerajaan memutuskan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bagi bahan binaan. Diharap langkah ini dapat mengawal harga rumah. Pengurangan harga rumah perlu diberi keutamaan bukannya bagi meningkatkan margin keuntungan pemaju.

Awang percaya pelbagai insentif melalui Belanjawan 2019 akan membantu pembeli. Dana RM1 bilion membolehkan golongan berpendapat RM2,300 ke bawah sebulan memiliki rumah buat kali pertama pada harga sehingga RM150,000. Begitu juga dengan skim yang membolehkan pembeli membayar hanya 20 peratus daripada harga tanah untuk memiliki rumah pertama manakala bakinya dibiayai oleh pelabur yang akan berkongsi pulangan daripada perubahan nilai rumah pada masa depan.

AWANG - Mampu milik rumah.